Saturday, January 8, 2011

Gajah Notty

Posted: 05 Jan 2011 10:15 PM PST
Photobucket
Ada seekor anak gajah yang agak nakal berjalan bersama ibu dan saudara maranya di dalam hutan meredah sebuah paya. Ibunya berpesan kepada anak gajah supaya jangan berjauhan dari gajah dewasa kerana ditakuti ada musuh yang akan mengambil kesempatan atas kelemahan anak gajah tersebut.

Anak gajah tidak memperdulikan pesanan ibunya sehingga dia terpisah dari kawanan gajah tadi.
Secara tiba-tiba ia tertangkap oleh sang bedal. Anak gajah cuba melawan tapi semakin dia cuba melawan dia semakin tersepit. Akhirnya anak gajah tersebut menjerit meminta tolong.
Photobucket
Photobucket
Otai-otai gajah tadi mendengar jeritan anak gajah dan berpatah balik membantunya sehingga buaya durjana tersebut lari.
Photobucket
Akhirnya anak gajah tadi menjadi serik dan berjanji dengan ibunya dia tidak akan membuat benda-benda nakal lagi dan mengikut kata ibunya.
Posted @ www.isuhangat.net.Moral: Sentisalah mendengar nasihat ibu kita. Setiap kemarahan, tegahan,leteran ,pesanan mereka walaupun ketika itu kita menganggapnya zalim,kolot,tidak sporting dan sebagainya, tidak lain tidak kerana mereka sayangkan kita

No comments:

Post a Comment