Saturday, May 21, 2011

Buat Sahabat-Sahabatku Yang Menghafaz Al-Qur'an

Sahabatku para penghafal al-Quran

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.

Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.

Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.

Para Sahabat yang ku kasihi..

Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran

Friday, May 20, 2011

Perbezaan Berubat Dengan Doktor Dan Bomoh

Posted: 19 May 2011 04:49 AM PDT

Hari ni di muka depan Harian Metro Selatan, adik-beradik ditipu RM63,000 oleh seorang bomoh yang mengaku boleh menarik harta warisan datuk neneknya yang bernilai berjuta-juta dari alam ghaib.
Nampak sangat orang kita masih percaya dengan bomoh-bomoh dan  perkara-perkara mistik ni. Namun jika kita terkena gangguan jin, syaitan dan makhluk ghaib dan disahkan ‘tiada penyakit’ oleh Doktor, berubatlah dengan Ustaz yang mengamalkan Ayat Al-Quran.
Perbezaan Berubat Dengan Doktor Dan Bomoh

1. Sebelum Berubat
Doktor: keadaan awak sebelum ni macamana? Batuk-batuk ada lendir tak?
Bomoh: keadaan kamu sebelum berubat ni macamana? Putus cinta, patah semangat, sakit hati/dendam.

2. Proses Pengubatan
Doktor: dengan cara membaca suhu badan, baca denyutan nadi, menyuntik…
Bomoh: dengan cara mulutnya komat-kamit kemudian disembur dengan air ludahnya


3. Pembantu
Doktor: ditemani oleh jururawat yang memakai uniform putih yang cantik
Bomoh: ditemani oleh yg memakai baju putih juga ..tapi rambutnya serabai tak terurus

4. Peraturan
Doktor: menghisap rokok di dalam klinik, mahu kena halau keluar
Bomoh: menghembuskan asap kemenyan diruang pengubatan Bomoh, yang membuat orang-orang lain keluar.

5. Susu
Doktor: Untuk menguatkan tulang, anda digalakkan meminum susu.
Bomoh: Untuk membuat ramai lelaki tergoda pada anda, digalakkan memakai ‘susuk’

6. Nasihat
Doktor: Tidak boleh membeli makanan di tempat yang lauknya terdedah nanti kena lalat, basuh tangan dengan sabun
sebelum makan…
Bomoh: Tidak boleh lalu bawah ampaian baju, tidak boleh kencing sebarangan…

7. Proses Pembelajaran
Doktor: harus tabah belajar dan stress bertahun-tahun..
Bomoh: harus tabah bertapa dan kelaparan bertahun-tahun..

8. Tawaran Khas
Doktor: Jika anda mahu mengandung, boleh cuba ke klink kawan saya di bla..bla..bla..sambil memberi namecard.
Bomoh: Bomoh akan kasi anda ramuan pengikat jiwa yg mesti diminum oleh pasangan anda, kalau susah sangat anda boleh bela jin ni seekor tolong tengokkan suami anda supaya tak cari perempuan lain.

9. Setelah Berubat
Doktor: semasa pulang, kita akan dibekalkan ubat-ubat dan kemudian disuruh makan 3X sehari.
Bomoh: pulang Berubat kita akan dibekalkan kertas tulisan mentera ntahapa-apa, dibekalkan kemenyan yang perlu dibakar pada malam jumaat dan bunga-bunga yang disuruh di bawa mandi tengah malam.

Sekarang anda nilaikan lah sendiri....., yg penting kita hidup ini hanya berlandaskan ajaran Rasululullah saw pada kita.., bila kita yakin hanya dengan ALLAAHH sj tempat kita mengadu.., maka kita ini di kalangan yg dekat dengan nya

Wednesday, May 18, 2011

Kajian Hadis Rasullulah S.A.W - Tanda Kiamat [ A Days Of Dajal ]

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.



Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?
Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud di sebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.

Ada satu hari terasa bagaikan setahun

Dajal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah dunia melalui Great Britain.


Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan

Dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat.


Ada satu hari yang terasa satu minggu

Dajal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem(Israel)




Alhamdulillah, saya telah jelaskan sedikit perkara untuk memudahkan anda semua memahami apa yang di maksud untuk semua perkara ini. Semasa Dajal memerintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.
Manakala zaman dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia.

Dan apabila Dajal memerintah dunia melalui Israel, Israel akan menjadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang, Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ini akan turut jatuh. Sekarang kita dah nampak petanda - petanda ini. Langkah bijak yang diambil oleh sesetengah pihak menyeru agar kita semua membeli dinar emas, ini kerana harga emas tidak akan jatuh nilainya.



Sekarang kita masukan sedikit bab pengiraan. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M.1000+900=1900. Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat



Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri di dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun...1917+83=2000.



Tamatnya pemerintahan Dajal melalui Amerika adalah pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000?
George W.Bush menjadi Presiden Amerika Syarikat.


Dajal memerintah dunia melalui Israel pada tahun 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu.



Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.


2001

World Trade Center (9/11)

Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang umat Islam. Osama Laden adalah 'spacegoat' mereka.Untuk maklumat lanjut, klik sini!

2002



Afghanistan Diserang Dengan Alasan Memburu Pengganas dan Osama

2003





Serangan dan penaklukan ke atas Iraq dengan alasan keganasan dan pengganas

2006



Serangan Ke atas Lubnan

2009





Serangan Ke Atas Gaza


Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam masa yang singkat.
Selepas 9/11 Amerika Syarikat menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat. Ini untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order!



Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan untuk Israel. Ini bertujuan bagi mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.



Kemenangan adalah bagi sesiapa yang mengikut penyelamat yang benar, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Tapi sedihnya kebanyakan kita nanti akan memilih The False Messiah(dajal).

PUTAR BELIT YAHUDI....

Maksud hadis Rasullulah SAW:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."


Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.


3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan aling banyak emak tepu trans.


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang angsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah eracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH daiam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.


6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.