Friday, December 31, 2010

Koleksi lawak pendek Ajoi

Kolapenjoi lagi
Posted: 30 Dec 2010 05:23 AM PST

Kolapenjoi: Koleksi lawak pendek Ajoi

1. Ajoi Bersedih
Ajoi: (sambil menangis) Wak, mak aku dah meninggal..
Sumardi: Aku turut bersedih bro..
Kemudian handphone Ajoi berbunyi, dia mengangkat kemudian dia menangis semakin kuat

Sumardi : Kenapa Joi?
Ajoi: Kakak aku telefon, mak dia pun meninggal…

2. Ajoi dan wife tersayang
Ajoi: Yang, abang dah jemput kawan abang si Pancis dan awek dia datang ke rumah untuk makan malam ni.
Wife Ajoi: Abang biar betul, rumah kita bersepah, pinggan tak cuci, baju pun bersepah belum basuh dan saya tak pandai masak makanan yang sedap.
Ajoi: Iyer, abang tahu sangat tu..
Wife Ajoi: So, naper abang ajak diaorang datang?
Ajoi: Abang nak suruh Pancis fikir dulu sebelum bernikah..

3. Ajoi dan baby
Wife Ajoi: Bang…! baby kita makan suratkhabar tu!
Ajoi: Suratkhabar yang mana?
Wife Ajoi: Yang bawah meja tu la bang..
Ajoi: Ohhh.. tu takpe…. tu suratkhabar lama, abang dah baca..

4. Ajoi dan anaknya
Sumardi: Anak aku kalau kirim email mesti aku kena buka kamus..
Ajoi : Wah dasyatnya anak ko mesti speaking London..
Ajoi: Anak aku lain pulak, kalau dia kirim email mesti aku kena buka dompet..

“Say: Allaahumma salli ‘ala Muhammad, wa ‘ala aali Muhammad (O Allaah, send blessings upon Muhammad and upon the family of Muhammad).”

( اللَّهُمَّ صَلِّ على محمَّدٍ ، وعلى آل محمَّدٍ )

Thursday, December 30, 2010

Rahsia Bulan Kelahiran

Rahsia Bulan Kelahiran


Kategori: Artikel Cinta | Ungkapan Cinta
Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.
JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik


Kisah tangan melekat pada mayat

Disalin dari emel kiriman En Zamemi - Terima Kasih


Pada suatu ketika, di Madinah telah meninggal seorang wanita muslimah yang solehah. Lalu keluarganya mencarikan seorang wanita untuk memandikan jenazah.

Ternyata wanita tersebut memiliki sifat dan tabiat yang buruk iaitu suka mengatakan kata - kata kotor , keji, dan jahat. Sambil memandikan mayat itu wanita tersebut terus mengeluarkan kata - kata kotor dan keji.

Bahkan ia berkata demikian terhadap mayat tadi , ” farji ( vagina:red) inilah yang banyak dipakai untuk berzina!”

Subhanallah,tiba- tiba kedua tangan wanita keji tersebut melekat erat mencengkam tubuh si mayat, ia berusaha melepaskan kedua tagannya, tetapi kedua tangan itu terus mencengkam dan melekat pada tubuh si mayat.

Sementara orang yang berada diluar sudah tak sabar menunggu proses pemandian jenazah yang lama sekali. Setelah diselidiki akhirnya mereka mengetahui apa yang terjadi.

Lalu mereka segera mengirimkan beberapa orang untuk bertanya kepada alim ulama Madinah. Ada ulama yang mengusulkan agar tubuh dari mayat wanita solehah tersebut dipotong agar bisa menyelamatkan tangan wanita keji tersebut.

Ada lagi yang mengusulkan agar tangan wanita keji itulah yang dipotong, dan tangannya dikubur bersama wanita itu.

Ulama Madinah tidak ada yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Mereka berselisih pendapat mengenai cara mengatasi masalah itu.

Akhirnya mereka bersepakat untuk bertanya kepada Imam Malik rah.a. Mereka segera menemui Imam Malik dan bertanya berkenaan kejadian aneh tersebut.

Setelah mendengar pokok permasalahannya Imam Malik pergi ketempat kejadian, lalu ia memita izin kepada keluarga untuk mengusut dari balik hijab.



Dari balik hijab Imam Malik bertanya kepada wanita yang tangannya melekat, :”Katakan terus terang apa yang telah engkau tuduhkan kepada si mayat?”.

Wanita ini dengan raut muka yang sedih dan malu menjawab :” ketika aku memandikannya aku telah menuduhnya berzina.” .

Kemudian Imam Malik keluar dan berkata kepada pihak keluarga bahwa wanita itu telah melanggar hukum Allah karena telah menuduh tanpa bukti dan saksi sebanyak 4 orang,sehingga sesuai ketentuan Allah wanita itu harus mendapat hukuman deraan sebanyak 80 kali.

Setelah hukuman dilakukan memang tangannya terlepas dari badan mayat dan wanita tersebut bertaubat atas kelakuannya yang buruk.

Kisah di atas telah memberikan kita pelajaran bahwa jangan sembarangan membuat tuduhan kepada pihak lain tanpa bukti bukti yang kuat, disebutkan dalam kisah di atas iaitu adanya 4 orang saksi, melihat kejadian secara langsung.

Apapun alasannya dan apa pun kejadiannya menuduh tanpa bukti adalah haram hukumnya, bahkan Allah menjelaskan bahwa dosa karana menuduh sembarangan lebih kejam daripada dosa akibat menghilangkan nyawa orang lain secara paksa.

Semoga kisah d iatas menjadi contoh dan dorongan untuk kita selalu berada di jalan Allah SWT

amazing...















              

Kisah Ya'juj Ma'juj dikalahkan Pasukan Muslim di Ain Jalut

Salah satu peristiwa penting yang terjadi di dalam bulan Ramadhan adalah peristiwa peperangan Ain Jalut. Peristiwa ini terjadi pada 25 Ramadhan tahun 658 H di Ain Jalut dan Bisan, Palestin. Medan pertempuran tersebut terletak tidak jauh dari bandar al-Quds.

Ia adalah satu peperangan yang berjaya menebus kembali maruah umat Islam setelah dikalahkan oleh tentera Tartar (mongol) di dalam peristiwa siri-siri serangan Tartar ke atas bumi Islam. Panglima yang berjaya mengembalikan kemuliaan umat ini adalah Saifudin Qutuz, salah seorang panglima Islam yang hebat. Kehebatan Qutuz dan kepentingan peperangan Ain Jalut hanya akan dapat dirasai jika kita dapat menyelami penderitaan umat hasil dari serangan Tartar ke atas umat Islam.

Kemaraan Tartar ke Negara Islam (617 H dan 628 H)

Serangan Tartar ke atas umat Islam di bawah pimpinan kerajaan Abbasiah sebenarnya tidak terjadi hanya pada tahun 656 H di dalam peristiwa kejatuhan Baghdad. Sebaliknya sebelum itu sudah pun ada dua siri serangan Tartar iaitu pada tahun 617 H dan 628 H.

Serangan pertama

Tartar ke atas umat Islam terjadi pada tahun 617 H - 620 H di bawah pimpinan Genghis Khan. Serangan kali pertama ini mempunyai sebabnya yang diperselisihkan oleh ahli sejarah Islam. Apa pun puncanya, Dr. Raghib as-Sarjani lebih cenderung untuk mengatakan bahawa niat untuk menjatuhkan kerajaan Abbasiah memang telah wujud di dalam hati Genghis Khan sejak sekian lama.Oleh kerana jarak yang jauh dari bumi China ke bumi Iraq, Genghis Khan menumpukan serangan pertamanya pada kali ini ke atas bumi Afghanistan dan Uzbekistan. Bumi ini dipilih kerana ia mempunyai sumber asli yang banyak dan amat sesuai untuk dijadikan pengkalan tentera Tartar untuk siri-siri serangan yang seterusnya.
Serangan pertama ini berjaya. Tartar berjaya bertapak di bumi tersebut dan bumi sekitarnya (Turkimenistan, Kazakhastan, Tajikistan, Pakistan dan sebahagian dari Iran). Kesemua negara-negara ini dahulunya dikenali sebagai Daulah Khawarizmiah. Hasil dari kejayaan ini, pemerintahan Tartar mula kukuh di kawasan tersebut. Mereka mempunyai pengkalan dan pusat pentadbiran mereka di tengah-tengah kerajaan Islam.

Serangan kedua Tartar

ke atas umat Islam pula terjadi pada tahun 628 H. Pada tahun 624 H, Genghis Khan telah digantikan oleh seorang lagi raja Tartar yang tidak kurang bengisnya iaitu Okitai. Kerajaan Tartardi Mongolia dan China pada masa itu berada dalam keadaan stabil dan kuat. Keadaan ini memberikan banyak kelebihan kepada Okitai.
Lalu bermulalah serangan kedua Tartar ke atas umat Islam sebagai menyambung serangan yang pertama di zaman Genghis Khan. Serangan pada kali ini ditumpukan di sekitar bumi Rusia dan Eropah. Okitai melantik panglima perangnya, Syurmajan untuk mengepalai serangan pada kali ini.
Suasana bertambah buruk pada serangan kedua ini kerana pimpinan Islam pada masa itu berada dalam keadaan berpecah belah. Manakala sebahagian umat pula telah mula menunjukkan sikap pengecutnya dan tidak berani untuk melancarkan jihad. Ibnu al-Athir di dalam kitabnya al-Kamil meriwayatkan beberapa cerita yang didengarinya daripada sebahagian umat Islam yang berjaya melepaskan diri dari serangan kedua ini. Di antaranya:
a. Seorang tentera Tartar masuk ke dalam sebuah perkampungan seorang diri. Kemudian dia membunuh penduduk kampung tersebut seorang demi seorang tanpa mendapat tentangan dari sesiapa pun.
b. Seorang tentera Tartar menangkap seorang muslim. Oleh kerana tentera Tartar tersebut tidak bersenjata, dia telah mengarahkan pemuda muslim tadi agar melekapkan mukanya ke tanah dan tidak bergerak. Tentera Tartar tersebut pulang mengambil senjata dan kemudian datang kembali lalu membunuh pemuda tersebut.
c. Tentera Tartar memasuki bandar Badlis (sekarang berada di selatan Turki). Laluan ke bandar tersebut adalah laluan di celah-celah bukit yang sungguh sempit. Tidak ada seorang pun tentera Islam yang berjaya melepaskan diri dari serangan Tartar di bandar tersebut. Penduduk bandar tersebut pula melarikan diri ke atas bukit dan membiarkan Tartar membakar keseluruhan bandar tersebut.

Serangan Ketiga (656 H) dan Kejatuhan Baghdad

Kerajaan Tartar pada masa ini dipecahkan kepada tiga wilayah utama. Sebahagian ahli sejarah menamakannya ‘segitiga emas’. Raja Tartar pada masa ini adalah Manku Khan, seorang lagi Raja Tartar yang berjiwa keras dan mempunyai keazaman yang kuat. Beliau mentadbir ibu negara kerajaan Tartar, Qaraquram dengan dibantu oleh adiknya Ariq Bufa. Seorang lagi adiknya iaitu Qublai pula mentadbir jajahan Tartar di sebelah Timur (meliputi China, Korea dan bumi sekitarnya). Manakala jajahan Tartar di sebelah Iran dan bumi sekitarnya diserahkan kepada adiknya Holago, nama yang tidak asing bagi umat Islam. Manku Khan ingin meneruskan misi Tartar yang seterusnya iaitu menjatuhkan kota Baghdad dan menyerang bumi Syam (Palestin, Syria, Jordan dan Lubnan) dan Mesir. Tugas ini telah disandarkan kepada Holago, pahlawan Tartar yang mabukkan darah manusia dan dianggap sebagai jelmaan Genghis Khan. Dr. Raghib Sarjani menganggapnya sebagai manusia paling ganas sepanjang sejarah dunia. Kejahatannya itu makin bertambah setelah beliau berkahwin dengan Taqazkhatun, permaisuri Mongolia beragama Kristian yang amat membenci umat Islam. Oleh kerana Baghdad adalah ibu negara kerajaan Islam Abbasiah, persiapan yang dilakukan oleh Holago dalam serangan ini agak teliti dan kemas.

Tentera Tartar telah dipecahkan kepada tiga kumpulan dan datang dari tiga arah yang berlainan.

a. Pasukan pertama dipimpin oleh Holago sendiri. Ia dibantu oleh tentera elit Tartar dibawah pimpinan Bato. Misi pasukan pertama ini adalah mengepung bahagian timur kota Baghdad.
b. Pasukan kedua dipimpin oleh Katabgha, pahlawan Holago yang terbaik. Tugas pasukan ini adalah mengepung bahagian tenggara kota Baghdad. Katabgha jugalah yang memimpin tentera Tartar menentang Qutuz di dalam peperangan Ain Jalut.
c. Pasukan ketiga pula dipimpin oleh Bigo. Pasukan ketiga ini adalah tentera yang menjaga sempadan Anadol (sekarang di Turki). Tugas pasukan ini adalah untuk mendatangi Baghdad dari arah utara dan seterusnya mengepung bahagian barat kota Baghdad.

Ketelitian perancangan Holago boleh dilihat dari beberapa sudut:

a. Pasukan pertama dan kedua datang dari jarak 45o kilometer sebelum kota Baghdad. Walau pun begitu Holago berjaya mengaburi mata kerajaan Abbasiah sehinggakan tentera kerajaan Abbasiah hanya mengetahui kedatangan tentera itu ketika mereka hanya beberapa kilometer dari kota Baghdad.

b. Pasukan ketiga pula datang dari jarak 1,000 kilometer sebelum kota Baghdad. Tetapi pasukan ini berjaya sampai tepat pada masa yang dijanjikan untuk bergabung dengan kedua-dua pasukan yang lain.

c. Pasukan ketiga terpaksa merentasi 1,000 km perjalanan di bumi Turki dan Iraq (kedua-duanya adalah bumi Islam). Perjalanan ini akan merentasi perkampungan Islam dan kemungkinan terpaksa berhadapan dengan pertempuran awal. Amat menakjubkan apabila mereka berjaya berjalan tanpa disedari oleh orang Islam kecuali setelah mereka berada pada jarak 50 km dari kota Baghdad di sebelah Barat Daya. Kejayaan ini setelah mereka berjaya merasuah Gabenor Anadol, Qalaj Arsalan dan Gabenor Mosul, Badruddin Lu’lu’ sehingga kedua-duanya bertindak mengkhianati umat Islam.

Berlakulah peperangan. Jatuhlah kota Baghdad dengan segala cerita duka di dalamnya. Menurut Abul Hasan Ali an-Nadwi, umat Islam yang terbunuh di dalam peristiwa kejatuhan Baghdad tersebut adalah 1,800,000 orang. Satu angka yang cukup menakutkan sesiapa sahaja yang cuba membayangkannya. Darah mengalir di jalanan. Buku-buku dicampak ke dalam sungai dan semua itu dianggarkan berjumlah sebanyak dua juta naskhah buku. Ahli sejarah menganggap itu sebagai punca kemunduran umat Islam selepas itu. Semua itu terjadi dalam masa 40 hari.

Kejatuhan Syam

Kejatuhan Baghdad bukan kemuncak bagi penderitaan umat pada ketika itu. Sebaliknya umat semakin menderita dengan sikap sebahagian raja dan ulama’ Islam pada masa itu yang sanggup menggadaikan agama semata-mata untuk mendapat jaminan kehidupan dari Tartar.

Siapakah yang tidak sayu bila melihat sebahagian raja Islam menghulurkan tangan persahabatan dengan Holago sedangkan darah jutaan umat Islam masih lagi belum kering? Raja Mosul, Badruddin Lu’lu’ menghulurkan tangan persahabatan dengan Holago.

Begitu juga Kaikawis II dan Qalaj Arsalan, Raja Anadol. Raja Halab dan Damsyik, al-Nasir Yusof  juga mengambil langkah sama. Raja-raja itu telah membuka Iraq Utara, sebahagian Syam dan Turki kepada Tartar tanpa peperangan. Tidak cukup setakat itu. Tanggungan umat semakin berat apabila menyaksikan sebahagian ulama’ pada masa itu mengeluarkan fatwa mengharuskan perjanjian damai tersebut dengan hujah-hujah yang amat mengelirukan.

Hanya seorang Raja di daerah tersebut yang mengiklankan jihad. Raja tersebut adalah Al-Kamil Muhammad al-Ayubi, Raja Miyafarqin. Miyafarqin adalah bandar yang terletak sekarang ini timur Turki menuju ke sebelah barat Turki. Tentera Raja Al-Kamil Muhammad al-Ayubi menguasai timur Turki, barat laut Iraq dan timur laut Syria.

Tetapi kegilaan Tartar mengatasi segala-galanya. Bandar Miyafarqin dikepung dan akhirnya jatuh. Begitu juga dengan bandar Halab. Bandar Damsyik juga jatuh. Kemuncaknya adalah penjajahan Tartar ke atas bumi Palestin.

Mesir Bumi Ribat (Benteng Islam)

Ketika Tartar memulakan serangannya ke atas umat Islam, Mesir berada dalam krisis yang amat runcing. Ia berada di bawah pemerintahan kerajaan Mamalik (mameluk) dan melalui satu pergolakan politik yang amat dahsyat. Kerajaan Mamalik Bahriah (salah satu fasa dalam kerajaan Mamalik) mentadbir Mesir selama 144 tahun. Dalam tempoh tersebut Mesir diperintah oleh 29 orang sultan. Satu jumlah yang banyak untuk pemerintahan selama satu kurun setengah. Daripada 29 orang sultan tersebut, 10 daripadanya mati dibunuh dan 12 daripadanya digulingkan. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kekuatan dan kekerasan adalah asas perubahan di dalam kerajaan Mamalik.

Setelah fasa Mamalik Bahriah, menyusul pula fasa Mamalik Muizziah. Pemerintah awal di fasa ini adalah Raja Izzuddin Aibak. Beliau berjaya mengembalikan kestabilan politik kepada Mesir. Tetapi kestabilan itu hanya bertahan selama tujuh tahun. Keadaan kembali kucar kacir selepas pembunuhan beliau dan seterusnya pembunuhan isterinya, Syajarah ad-Dur. Setelah bertukar ganti pemerintah, akhirnya Mesir diperintah oleh Saifuddin Qutuz.

Pembunuhan Raja Izzudin Aibak dan isterinya telah membawa kepada perselisihan di antara Mamalik Bahriah (pendukung kerajaan lama) dan Mamalik Muizziah (kerajaan baru yang diperintah oleh Qutuz) dan ianya masih berterusan di zaman Qutuz. Sebahagian pendukung Mamalik Bahriah mengambil sikap berpindah ke bumi Syam dan lain-lain. Manakala yang tinggal menetap di Mesir mengambil sikap mengasingkan diri. Ini menjadikan Mesir lemah  dari sudut pertahanan kerana asas kepada pasukan tentera Mesir adalah pendukung Mamalik Bahriah.

Di masa yang sama, serangan Tartar ke atas bumi Syam telah memutuskan Mesir dan Syam. Tiada perhubungan di antara keduanya. Mesir juga tidak mendapat bantuan dari Sudan dan negara-negara di utara Afrika. Ini menjadikan Mesir seolah-olah sendirian di tengah-tengah krisis yang terjadi di seluruh negara Islam.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Mesir juga pada masa itu ditimpa krisis ekonomi. Siri-siri perang Salib yang terjadi sebelum itu telah melumpuhkan ekonomi Mesir. Sebahagian dari lokasi perang salib adalah di bumi Mesir. Tentera Mesir juga adalah tentera yang banyak terlibat di dalam perang salib yang terjadi di tempat lain. Salehudin Ayubi menjadikan Mesir sebagai salah satu benteng pertahanannya.

Disamping sebahagian tentera Salib yang masih ada di bumi Islam, masalah ditambah lagi dengan kedatangan musuh baru Islam iaitu Tartar.

Qutuz, Penyelamat Ummah

Qutuz menaiki tahta Mesir pada 24 Zulqaedah 657 H.
Sebelum beliau menaiki tahta Mesir, Serangan pertama Tartar (617 H), serangan kedua Tartar (628 H) dan kejatuhan Baghdad (656 H) telah pun terjadi dan meninggalkan kesan yang amat parah kepada umat Islam di luar Mesir. Selepas beliau menaiki tahta Mesir pula, Halab jatuh ke tangan Tartar pada Safar 658 H dan Damsyik jatuh pada Rabi’ul Awal 658 H menjadikan keadaan di luar Mesir bertambah gawat. Kejatuhan Palestin keseluruhannya juga terjadi pada masa yang sama. Mesir bersempadan dengan Palestin di sebelah timur Mesir pada bandar Gaza.
Demikianlah kita melihat Qutuz terbeban dengan satu masalah yang cukup berat. Sasaran Tartar seterusnya adalah Mesir sedangkan Mesir tidak bersedia untuk menambah masalah baru disamping masalah-masalah dalaman dan luaran yang sedia ada.
Sikap yang ditunjukkan oleh Qutuz amat membanggakan umat Islam pada ketika itu. Sikap itu terus menerus menjadi punca kepada kehebatannya pada pandangan mata umat sepanjang zaman. Qutuz mengambil keputusan untuk menghadapi Tartar dan tidak akan lari seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian umat Islam. Dia juga mengambil sikap tidak akan menghulurkan perdamaian kepada Tartar sebagai mana yang menjadi pilihan sebahagian Raja-raja Islam ketika itu.

Tiga Langkah Awal

Qutuz mengambil tiga langkah awal sebelum melancarkan peperangan ke atas Tartar. Ketiga-tiga langkah ini dilihat amat berkesan dan menjadi sumber kekuatan kepada tentera Islam pada ketika itu.

Langkah pertama yang diambil oleh Qutuz adalah mengembalikan kestabilan keadaan dalaman Mesir. Beliau memanggil golongan istana, pembesar-pembesar, menteri-menteri, ulama’-ulama’ dan golongan berpengaruh di dalam masyarakat. Beliau berkata kepada mereka: “Apa yang aku inginkan dari jawatan ini hanyalah agar kita bersatu untuk melawan Tartar. Urusan itu tidak mampu diselesaikan tanpa Raja. Apabila kita berjaya keluar dari masalah ini dan mengalahkan Tartar, urusan ini terletak di tangan kamu semua. Pilihlah sesiapa yang kamu kehendaki untuk menjadi pemerintah.”

Ucapan Qutuz tersebut telah meredakan ketamakan sebahagian dari pembesar yang berniat untuk merampas tahta Mesir dari tangan Qutuz.

Di masa yang sama beliau telah memecat Menteri, Ibnu binti al-A’az dan menggantikannya dengan Zainuddin Ya’kub bin Abd Rafi’. Ini kerana beliau lebih meyakini kesetiaan Zainuddin Ya’kub daripada Ibnu binti al-A’az. Kemudian beliau mengekalkan Farisuddin Aqtai as-Soghir sebagai panglima tentera walau pun beliau adalah pendukung Mamalik Bahriah.

Langkah kedua yang telah dilakukan oleh Qutuz adalah memberikan pengampunan kepada semua pendukung Mamalik Bahriah. Perselisihan yang terjadi sebelum ini yang berpunca dari pembunuhan Raja Izzuddin Aibak ingin segera dihentikan oleh Qutuz.

Mamalik Bahriah mempunyai pengalaman yang luas di dalam medan peperangan. Di antara kehebatan yang pernah mereka tunjukkan adalah kemenangan mereka di dalam Perang Mansurah (salah satu siri perang Salib) pada tahun 648 H.

Pengampunan itu telah berjaya memujuk mereka yang telah keluar meninggalkan Mesir untuk kembali ke Mesir. Rombongan pendukung Mamalik Bahriah kembali berduyun ke Mesir dari bumi Syam, Karak (di Jordan sekarang) dan bumi kerajaan Saljuk. Dengan itu Mesir berjaya mendapatkan kembali kekuatan tenteranya.

Langkah ketiga yang diambil oleh Qutuz adalah mengusahakan penyatuan semula antara Mesir dan Syam. Seperti yang diceritakan sebelum ini, Raja Damsyik dan Halab (sebahagian dari bumi Syam) iaitu Raja Nasir al-Ayubi telah melakukan perjanjian damai dengan Tartar. Perjanjian itu tidak berhenti setakat memohon perdamaian, bahkan Raja Nasir al-Ayubi pergi lebih jauh dari itu dengan meminta bantuan Tartar untuk menjatuhkan Mesir.

Qutuz menulis surat kepada Raja Nasir al-Ayubi memohon penyatuan Mesir dengan Syam. Bahkan beliau menyatakan kesanggupannya untuk duduk di bawah Raja Nasir al-Ayubi. Malangnya surat tersebut tidak dilayan.

Tetapi apabila Damsyik dan Halab ditawan oleh Tartar dan selepas Raja Nasir al-Ayubi lari menyelamatkan diri ke Karak, tentera Syam telah bergerak menuju ke Mesir dan bergabung dengan tentera Mamalik. Kesatuan ini menambahkan lagi kekuatan Mesir dan memberikannya satu semangat yang cukup kuat untuk berhadapan dengan Tartar.

Ketiga-tiga langkah ini telah memberikan Mesir satu kekuatan baru pada awal tahun 658 H. Di sini terserlah kepada kita kecekalan dan kesungguhan Qutuz. Ketiga-tiga langkah awal yang mungkin memerlukan masa yang panjang untuk dicapai, telah berjaya diselesaikan oleh Qutuz dalam masa tidak sampai tiga bulan sahaja dari tarikh beliau menaiki tahta Mesir.
Disimpulkan bahawa keadaan dunia Islam pada awal tahun 658 H adalah:

a. Mesir berjaya mendapatkan kekuatannya

b. Baghdad, Halab dan Damsyik jatuh ke tangan Tartar disamping negara-negara lain yang telah jatuh sebelumya (Daulah al-Khowarizmiah, Daulah Arminiah, Daulah Karjiah)

c. Palestin keseluruhannya jatuh ke tangan Tartar termasuk Gaza yang terletak hanya 35 kilometer dari sempadan Mesir

Surat Ancaman Holago

Ketika Mesir masih lagi di peringkat awal untuk mempersiapkan dirinya, empat orang wakil Holago telah datang memberikan surat perutusan dari beliau. Wakil tersebut datang beberapa hari selepas kejatuhan Halab (Safar 658 H), iaitu hanya tiga bulan selepas Qutuz menaiki tahta Mesir (Zulqaedah 657 H).

Surat tersebut telah memperlekehkan kekuatan tentera Islam dan memberikan kata dua kepada mereka; menyerah atau berperang. Sebahagian dari pembesar pada masa itu mula merasa takut dan ingin menarik diri kerana persiapan Mesir pada ketika masih lagi tidak seberapa jika dibandingkan dengan Tartar yang menguasai satu kawasan jajahan yang cukup luas (dari Korea ke Poland hari ini).

Qutuz mengumpulkan pembesar-pembesar dan panglima-panglima perangnya lalu berkata kepada mereka:

“Wahai pimpinan muslimin! Kamu diberi gaji dari Baitul Mal sedangkan kamu tidak suka berperang. Aku akan pergi berperang. Sesiapa yang memilih untuk berjihad, temankan aku. Sesiapa yang tidak mahu berjihad, baliklah ke rumahnya. Allah akan memerhatikannya. Dosa kehormatan muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak turut  berjihad.”
Kata-kata beliau telah menyentak dan menyedarkan kembali pembesar-pembesar Mesir ketika itu. Mereka bukan berhadapan dengan dua pilihan yang diberikan oleh Holago, tetapi mereka berhadapan dengan pilihan yang diberikan oleh Allah terhadap mereka. Jihad pada ketika itu adalah fardhu dan mereka tidak ada pilihan selain dari itu.

Setelah berunding dengan semua pembesar, akhirnya mereka memutuskan untuk membunuh keempat-empat utusan tersebut. Kepala mereka telah digantung di tengah bandar Kaherah.
Perbuatan ini yang bertujuan untuk menegaskan keberanian tentera Islam untuk berdepan dengan Tartar telah mendapat kritikan sebahagian dari pengkaji sejarah. Mereka berpendapat bahawa tidak terdapat sebab yang kuat untuk Qutuz membunuh kesemua utusan tersebut kerana Islam adalah agama yang tidak membenarkan utusan perang dibunuh.Walau pun begitu ada juga yang mengandaikan kemungkinan terjadi beberapa peristiwa yang membawa kepada pembunuhan tersebut tetapi tidak diketahui dan tidak tercatat dalam sejarah. Wallahu a’lam

Masalah Belanjawan Perang dan Fatwa al-Izz bin Abdis Salam

Selesai dari masalah surat Holago, Qutuz berhadapan dengan satu masalah lain iaitu sumber kewangan untuk mempersiapkan Mesir menghadapi peperangan. Belanjawan yang besar diperlukan untuk memperbaiki benteng, jambatan, membeli senjata dan peralatan perang serta bekalan makanan yang mencukupi untuk tentera dan rakyat jika Mesir dikepung oleh Tartar. Dalam keadaan Mesir yang dilanda dengan krisis politk dan ekonomi ketika itu, Qutuz tidak mempunyai masa yang banyak untuk menyelesaikan masalah itu setelah surat ancaman Holago sampai kepadanya memberikan isyarat bahawa serangan Tartar akan datang pada bila-bila masa. Tartar sudah berada di sempadan Mesir.

Qutuz memanggil para pembesar negara lalu melakukan mesyuarat. Pilihan yang ada pada mereka adalah untuk mengutip duit dari rakyat jelata. Ia perlu dilakukan segera. Mereka tidak ada pilihan selain dari itu. Tetapi pilihan ini memerlukan satu fatwa dikeluarkan oleh ulama’ Islam kerana umat tidak pernah kenal ada cukai lain selain dari zakat. Tanpa fatwa tersebut, Qutuz tidak akan melakukannya kerana menyelesaikan masalah dengan jalan yang tidak syar’ie hanya akan menjebakkan Mesir ke dalam masalah lain yang mungkin lebi h besar. Syariat adalah batas bagi segala-galanya.

Di antara yang dipanggil untuk turut serta di dalam mesyuarat tersebut adalah seorang ulama’ bernama al-Izz bin Abdis Salam (lebih dikenali sebagai Izzuddin Abdis Salam). Beliau lahir pada tahun 577 H. Ketika mesyuarat tersebut umurnya sudah mencecah 81 tahun. Ibnu Daqiq al-Aid menggelarnya sebagai ‘Sultan kepada semua ulama’.

Gelaran ini diberikan kerana sifat beliau yang amat tegas di dalam menasihati para pemerintah dan panglima perang ketika perang Salib sedang rancak terjadi. Beliau bukan sahaja memberikan fatwa di dalam masalah ibadah tetapi juga turut campur tangan di dalam memberikan fatwa di dalam masalah politik dan peperangan.

Beliau pernah dipenjarakan di Damsyik dan di Quds kerana kelantangan fatwanya terhadap pemimpin Islam yang mengkhianati umat Islam dan melakukan persepakatan dengan tentera Salib. Setelah dibebaskan oleh Raja Soleh Najmuddin Ayub, raja Mesir ketika itu, beliau berpindah ke Mesir dan menjadi Mufti Mesir setelah sebelum ini menjadi Mufti di Palestin dan Syam.

Ketika Qutuz mencadangkan agar dilakukan kutipan dari rakyat jelata, Izzuddin Abdis Salam mengeluarkan satu fatwa yang cukup tegas. Beliau berkata:
“Apabila negara Islam diserang, wajib ke atas dunia Islam untuk memerangi musuh. Harus diambil dari rakyat jelata harta mereka untuk membantu peperangan dengan syarat tidak ada harta langsung di dalam Baitul Mal. Setiap kamu (pihak pemerintah) pula hendaklah menjual semua yang kamu miliki dan tinggalkan untuk diri kamu hanya kuda dan senjata. Kamu dan rakyat jelata adalah sama di dalam masalah ini.

Ada pun mengambil harta rakyat sedangkan pimpinan tentera memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya adalah tidak harus.”
Fatwa yang cukup tegas ini disambut juga dengan ketegasan oleh Qutuz.

Beliau memerintahkan semua pembesar negara dan pimpinan perang agar menyerahkan semua yang mereka miliki kepada negara. Hasil yang menakjubkan; Mesir adalah negara yang kaya. Tetapi kekayaan tersebut telah disalahgunakan oleh sebahagian pimpinan pada masa itu. Penyerahan harta dari pembesar negara telah disambut oleh rakyat jelata. Mereka mula menyumbangkan harta masing-masing untuk memenuhi tuntutan belanjawan perang. Semua turut serta di dalam memberikan sumbangan. Fatwa Izzudin bin Abdis Salam benar-benar dapat menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar yang segera.

Kejutan Dari Qutuz; Memerangi Tartar Bukan Bertahan di Mesir

Mesir sudah bersedia untuk menghadapi Tartar. Segala sunnah dan asbab telah diambil oleh Qutuz. Qutuz berjaya menaikkan semangat rakyat Mesir. Qutuz berjaya memadamkan perselisihan di antara pembesar Islam. Qutuz berjaya mendamaikan antara Mamalik Bahriah dan Mamalik Muizziah. Qutuz berjaya menyatukan antara Mesir dan Syam, dua wilayah Islam yang kuat. Qutuz berjaya memperkecilkan Tartar pada pandangan umat Islam. Qutuz berjaya membersihkan jiwa pembesar dan rakyat. Qutuz berjaya membersihkan wang-wang haram dan melancarkan jihad dengan menggunakan wang yang halal.

Dengan kekuatan tersebut Qutuz memilih untuk melakukan tindakan yang cukup berisiko. Beliau telah mengisytiharkan pandangannya di dalam mesyuarat dengan pimpinan tentera untuk mereka keluar menyerang Tartar di bumi Palestin dan mengubahnya dari rancangan asal iaitu menunggu serangan Tartar di Mesir. Pandangan ini amat mengejutkan pimpinan tentera sehinggakan sebahagian dari mereka bangun terkejut setelah mendengar pandangan tersebut. Berlakulah perbincangan dan Qutuz menerangkan kepada mereka rahsia pilihannya itu.
Qutuz menegaskan beberapa noktah yang kemungkinan tidak disedari oleh sebahagian pimpinan tentera akibat terlalu lama berada dalam krisis politik.

a. Keselamatan Mesir bukan terletak di Kaherah tetapi sebaliknya bermula dari sempadan Mesir di sebelah timur. Dengan itu usaha untuk menyelamatkan sempadan Mesir - Palestin mesti dilakukan dari peringkat awal dengan cara menyerang Tartar di Palestin.

b. Berperang di luar Mesir memberikan Mesir kelebihan; iaitu mereka masih lagi ada peluang kembali ke Mesir untuk menyusun semula strategi. Tetapi jika mereka kalah di dalam bumi Mesir, mereka tidak mempunyai peluang tersebut. Sebaliknya Tartar dengan mudah dapat terus menerobos ke Kaherah, ibu negara Mesir.

c. Tentera Islam mesti melakukan kejutan ke atas musuh dengan cara mereka yang menentukan tempat dan masa untuk berperang. Dengan itu mereka berada dalam keadaan cukup bersedia untuk berperang dalam keadaan musuh tidak bersedia sepenuhnya.

d. Mesir bertanggungjawab bukan sahaja ke atas keselamatan Mesir tetapi juga ke atas keselamatan bumi-bumi Islam yang lain. Jihad mempertahankan negara Islam yang dijajah adalah fardhu ke atas negara jiran jika negara yang dijajah itu tidak mampu mempertahankan dirinya.

e. Umat Islam mempunyai kewajipan untuk menyerang dan membuka negara Tartar lalu menawarkan kepada mereka samada Islam atau jizyah. Apatah lagi jika sekiranya tentera Tartar berada di bumi Islam, kewajipan untuk membuka yang dijajah oleh Tartar tersebut lebih wajib lagi dari menyerang negara Tartar sendiri.
Setelah perbincangan yang panjang, akhirnya keputusan diambil bersama. Tentera Islam akan bergerak menuju ke bumi Palestin dan menyerang Tartar di situ.

Perjanjian Damai Islam - Salib di Akka

Untuk sampai ke tempat yang sesuai dijadikan medan perang di Palestin, tentera Islam terpaksa melalui bandar Akka. Bandar Akka pada ketika itu masih lagi di bawah jajahan tentera Salib sejak tahun 492 H. Mereka telah berada di Akka selama 166 tahun. Terdapat generasi tentera Salib di bandar tersebut.

Tentera Salib berada dalam keadaan yang cukup lemah di Akka. Kelemahan ini hasil dari keletihan peperangan yang mereka terpaksa hadapi dari tentera Salehudin Ayyubi sebelum ini. Pembebasan Quds terjadi pada tahun 643 H. Peperangan Mansurah terjadi pada tahun 648 H. Selepas peperangan tersebut, ramai tentera Salib yang dijadikan tawanan termasuk King Louis IX, Raja Perancis.

Walau pun begitu, untuk membebaskan Akka dari tentera Salib tidaklah semudah yang disangkakan. Benteng terkuat tentera Salib adalah di Akka. Banyak cubaan termasuk cubaan oleh Salehudin al-Ayyubi untuk membebaskan Akka menemui kegagalan sebelum ini. Ini termasuk kemungkinan akan terjadi sekali lagi persepakatan di antara tentera Tartar dan tentera Salib yang akan menguatkan kembali Akka.

Langkah yang diambil oleh Qutuz adalah melakukan perjanjian damai sementara dengan pemerintah Salib di Akka. Perjanjian damai ini akan berakhir apabila peperangan menentang Tartar selesai. Langkah ini diambil oleh Qutuz di atas beberapa pertimbangan:

a. Memerangi tentera Salib dan tentera Tartar serentak akan menghilangkan tumpuan tentera Islam dan melemahkan mereka.

b. Tartar adalah masalah utama ketika itu Qutuz menghantar utusannya untuk menawarkan perjanjian damai. Beberapa syarat diberikan oleh Qutuz kepada tentera Salib yang menunjukkan bahawa Islam sebenarnya berada di posisi kuat ketika melakukan perjanjian dan bukan di posisi lemah. Ia tidak boleh disamakan dengan perjanjian yang terjadi di antara sebahagian pihak yang mewakili Palestin sekarang dengan Yahudi penjajah.

Wakil Qutuz menawarkan kepada penduduk Akka keamanan. Mereka juga menawarkan akan menjual kuda-kuda tentera Tartar dengan harga yang murah kepada penduduk Akka jika mereka berjaya menjatuhkan Tartar. Tawaran ini amat menarik bagi penduduk Akka yang sememangnya kekurangan kuda. Kuda-kuda Tartar terkenal di zaman itu sebagai kuda yang kuat.

Tetapi di masa yang sama, wakil Qutuz mengenakan syarat bahawa Akka perlu memberikan bantuan makanan dan apa-apa yang diperlukan oleh tentera Islam sepanjang mereka berada di Palestin. Wakil Qutuz juga memberikan amaran keras kepada tentera Salib di Akka bahawa jika terjadi sebarang pengkhianatan di pihak tentera Salib, tentera Islam akan meninggalkan peperangan melawan Tartar dan menumpukan sepenuh tenaga mereka kepada tentera Salib sehingga Akka berjaya dibebaskan.

Di pihak tentera Salib, mereka sebenarnya tidak mempunyai pilihan yang lebih baik dari menerima tawaran tersebut. Menolak tawaran perjanjian damai akan menaikkan kemarahan tentera Islam dan kemungkinan akan membawa kepada kejatuhan Akka. Dengan itu Akka dengan segera menerima perjanjian damai sementara itu.
Laluan Qutuz dan tentera Islam ke Palestin untuk berhadapan dengan Tartar kini terbuka

Pembersihan Saff Muslimin

Kini peperangan benar-benar berada di ambang mata. Ia benar-benar akan terjadi. Kejutan terjadi kepada sebahagian tentera yang pada awalnya menyangka bahawa usaha Qutuz tersebut hanyalah kempen menaikkan semangat. Ketakutan menyelubungi mereka kerana Tartar adalah kekuatan gila yang tidak pernah dikalahkan. Tentera Salib tidak segila itu. Bahkan pada zaman itu meniti dari mulut ke mulut satu mitos yang diterima oleh semua orang pada masa itu ‘jika kamu mendengar Tartar dikalahkan, jangan percaya’.

Mereka lari meninggalkan tentera Islam. Sebahagiannya lari ke bumi Hijaz. Ada yang lari ke Yaman. Ada juga yang lari jauh sehingga ke Morocco. Hasil dari itu tentera Islam benar-benar bersih dari jiwa-jiwa yang kotor. Yang turut berperang adalah mereka yang benar-benar jelas matlamatnya, kuat dan berani menanggung segala risiko. Mereka bersedia untuk syahid di jalan Allah.

Soff muslimin berada di kemuncak persiapan. Segala-galanya telah disiapkan oleh Qutuz, Raja yang menyerahkan kehidupannya untuk agama Allah. Usaha yang bermula dari Zulkaedah 657 H sehingga ke Sya’ban 658 H itu (tidak sampai 10 bulan) telah benar-benar membuahkan hasilnya.

Kini tentera Islam sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi Tartar.

Sya’ban 658 H: Ke Bumi Palestin Untuk Menumbangkan Tartar



Pergerakan tentera Islam bermula pada bulan Sya’ban 658 H. Ia bersamaan bulan Julai 1260 M. Bulan Julai adalah musim panas. Merentasi padang pasir di dalam musim panas bukanlah suatu yang mudah. Ditambah pula mereka akan menghampiri bulan Ramadhan. Tetapi Qutuz tidak menangguhkan langsung operasi tersebut.

Tentera Islam dilatih di Kaherah, Asyut, Iskandariah dan Dimyat. Daripada kem-kem latihan tersebut mereka berkumpul di Solehiah yang terletak di Syarqiah, Mesir sekarang ini. Dari situ mereka bergerak ke sebelah timur dan kemudian naik ke utara menuju ke Arisyh. Itulah bandar pertama mereka berteduh setelah merentasi padang pasir dari Solehiah.

Dari Arisyh mereka menuju ke Gaza yang berada di bawah penguasaan Tartar.Qutuz telah membagikan tenteranya kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama agak kecil jika dibandingkan dengan kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini diketuai oleh panglima Islam yang hebat, Ruknuddin Baibras. Kumpulan ini berjalan terpisah agak jauh dari kumpulan kedua. Kumpulan pertama ini berjalan menzahirkan dirinya manakala kumpulan kedua berjalan dengan perlahan dan menyembunyikan diri. Ini adalah antara taktik perang yang dilakukan oleh Qutuz untuk mengelabui mata musuh agar musuh silap di dalam menghitung kekuatan tentera Islam.
Kemenangan di Gaza

Pada 26 Julai 1260 M, Baibras sudah berjaya melepasi sempadan Mesir - Palestin. Dia berjaya melepasi Rafah, Khan Yunus dan Dir Balah. Kini dia berada terlalu hampir dengan bandar Gaza.

Perisikan Tartar berjaya mengesan kemaraan tentera Baibras. Mereka menyangka bahawa pasukan itu adalah keseluruhan tentera Islam tanpa mengetahui tentang kewujudan pasukan kedua tentera Islam yang berada jauh dari Gaza. Berita tersebut sampai kepada tentera Tartar. Ketika itu tentera utama Tartar di bawah pimpinan Katabgha masih lagi jauh dari Gaza. Mereka berada di bumi Lubnan, 300 kilometer dari Gaza. Dengan itu mereka menghantar satu pasukan yang tidak begitu besar untuk menghadapi tentera Islam.

Berlakulah pertembungan di antara dua pasukan tersebut. Kali pertama setelah puluhan tahun, tentera Islam menang di dalam pertembungan melawan Tartar. Terbunuh di dalam peperangan tersebut sebahagian tentera Tartar. Tentera yang terselamat melarikan diri menyampaikan berita tersebut kepada Katabgha.

Marah bercampur terkejut. Itulah reaksi Katabgha dan tentera Tartar ketika mendengar berita kekalahan mereka. Sebelum ini mereka sudah terbiasa membunuh orang Islam tanpa mendapat tentangan sengit. Mereka juga sudah terbiasa dengan beberapa Raja Islam yang menghinakan diri memohon perdamaian dari mereka. Di luar jangkaan mereka, masih ada lagi tentera Islam yang berani melawan mereka dan mampu mengalahkan mereka. Ini adalah pengalaman baru bagi Tartar.

Di pihak tentera Islam, kemenangan itu menaikkan semangat mereka untuk terus berjihad. Mereka tidak lagi menoleh ke belakang. Sebaliknya mereka akan terus ke hadapan sehingga ke kehancuran Tartar.

Pemilihan Lokasi Peperangan: Ain Jalut

Tentera Islam terus bergerak dari Gaza melepasi Asqalan dan Yafa. Dari situ mereka singgah sebentar di Akka dan berjumpa dengan pimpinan tentera Salib di Akka untuk memastikan perjanjian masih lagi dipatuhi oleh mereka.
Seterusnya Qutuz dan tentera Islam bergerak meninggalkan Akka menuju ke Ain Jalut. Di manakah Ain Jalut?





Kebangkitan Terakhir Ya'juj dan Ma'juj


Dimanakah Ain Jalut?

Ain Jalut terletak tidak jauh dari perkhemahan Janin sekarang ini. Ia terletak di antara bandar Bisan dan Nablus. Ia terletak 65 kilometer dari Hittin, medan peperangan Hittin yang terjadi pada tahun 583 H. Ia terletak 6o kilometer dari Yarmuk, medan peperangan Yarmuk yang terjadi enam kurun sebelumnya. Kedudukannya banyak mengembalikan memori tentera Islam kepada kemenangan tentera Islam sebelum itu.

Ia dipilih kerana ia adalah kawasan lapang yang luas dan dikelilingi oleh bukit kecuali di bahagian utaranya. Bukit-bukit tersebut dipenuhi pokok-pokok yang memudahkan tentera Islam untuk bersembunyi. Satu pasukan kecil di bawah pimpinan Baibras diletakkan di bahagian utara sementara tentera yang lain bersembunyi di sebalik pokok.

Semua berada dalam keadaan bersedia menanti kedatangan Katabgha dan tentera Tartar.

24 Ramadhan 658 H

Ketika Qutuz dan tentera Islam sudah pun berada di bumi Ain Jalut, datang sejumlah sukarelawan dari Palestin. Sebelum ini mereka menyembunyikan diri dari medan peperangan. Kesungguhan Qutuz dan qudwah yang ditunjukkan oleh beliau telah menghilangkan ketakutan mereka.

Di samping itu, medan Ain Jalut juga mula dipenuhi dengan petani-petani, kanak-kanak dan wanita. Sebahagiannya ada yang telah tua dan uzur. Kesemuanya keluar untuk memberikan bantuan dalam bentuk yang mereka mampu. Qutuz benar-benar berjaya menggerakkan umat Islam kembali ke medan jihad.

Di hari yang sama, datang seorang utusan kepada tentera Islam dan memohon untuk bertemu dengan Qutuz. Dia memperkenalkan dirinya sebagai wakil Sorimuddin Aibak, seorang muslim yang dijadikan tawanan Tartar dan dipaksa berkhidmat untuk tentera Tartar. Wakil tersebut berkata bahawa dia membawa beberapa pesanan dari Sorimuddin Aibak untuk disampaikan kepada Qutuz.

Pesanan tersebut adalah beberapa maklumat penting untuk tentera Islam:

a. Tentera Tartar tidak lagi sekuat sebelum ini. Holago telah membawa sebahagian tentera dan panglima perangnya ke Tibriz, Iran. Kekuatan mereka tidak lagi sekuat ketika mereka menakluk Syam.

b. Bahagian kanan tentera Tartar lebih kuat dari bahagian kiri mereka. Dengan itu tentera Islam hendaklah menguatkan bahagian kiri mereka untuk menghadapi bahagian kanan tersebut.

c. Asyraf al-Ayubi, Raja Hims yang sekarang ini bersama tentera Tartar ingin kembali ke pangkuan tentera Islam. Mereka akan melakukan tipu helah agar tentera Tartar yang bersama mereka dapat dikalahkan.

Maklumat ini diterima oleh Qutuz dengan penuh hati-hati, bimbang jika sekiranya ia adalah sebahagian dari taktik dan tipu daya Tartar.
Semua ini terjadi pada siang 24 Ramadhan 658 H di Ain Jalut.
Pada malamnya Qutuz dan tentera Islam melakukan tahajud dan memohon dari Allah demi kemenangan tentera Islam dalam pertempuran esok hari. Malam itu adalah malam 25 Ramadhan dan kemungkinan ia adalah malam Lailatul Qadar. Mereka menghabiskan malam mereka dengan tahajud dan doa serta menyerahkan diri kepada Allah. Moga-moga Allah menerima mereka sebagai hambaNya dan memberikan kemuliaan kemenangan atau syahid di medan pertempuran esok hari.

Moga-moga esok adalah hari di mana mereka boleh menebus semula kematian jutaan umat Islam di tangan Tartar.

25 Ramadhan 658 H

Fajar menyinsing tiba. Hari yang dinantikan oleh tentera Islam dan muslimin yang bersama dengan mereka sudah menjelma. Hari itu adalah hari Jumaat 25 Ramadhan 658 H.

Tentera Tartar di bawah pimpinan Katabgha tiba dari arah utara. Tentera Islam bersembunyi di sebalik pokok-pokok. Pasukan kecil di bawah Baibras yang pada asalnya berjaga di sebelah utara dan menzahirkan diri juga menyembunyikan diri mereka ketika tentera Tartar tiba.

Qutuz memberikan arahan agar tentera Islam keluar menzahirkan diri secara berperingkat, satu katibah demi satu katibah.
Ketika katibah pertama turun dari bukit dan menghampiri tentera Tartar, Katabgha dan tentera Tartar terkejut ketakutan. Katibah ini turun dengan memakai pakaian berbelang putih dan merah. Keseluruhan peralatan senjata mereka dihias cantik. Mereka turun dalam keadaan tersusun. Pergerakan mereka sama dan seimbang.
Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Sanqar ar-Rumi.”
Kemudian turun pula katibah kedua. Katibah ini memakai pakaian berwarna kuning dan membawa senjata yang berhias indah. Mereka juga turun dalam keadaan tersusun, pergerakan yang sama dan seimbang.

Katabgha bertanya kepada Sorimuddin Aibak: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin menjawab: “Inilah katibah Balban ar-Rasyidi.”
Kemudian turun pula katibah seterusnya dengan memakai pakaian berwarna lain. Setiap kali katibah baru turun, Katabgha akan bertanya kepada Sorimuddin: “Pasukan apakah ini?” Sorimuddin yang tidak mengetahui keseluruhan nama-nama katibah Mamalik mula mereka-reka nama tertentu untuk menambahkan ketakutan Katabgha.

Tentera Mamalik terpecah kepada banyak katibah. Setiap katibah akan memakai warna tertentu yang membezakannya dengan katibah lain. Kuda mereka akan dihias dengan warna yang sama. Begitu dengan senjata, khemah dan bahkan rumah-rumah mereka di Mesir. Semuanya akan diwarnakan dengan warna katibah masing-masing.
Semua katibah ini adalah sebahagian tentera Islam yang dipimpin oleh Baibras. Baki tentera yang masih lagi ramai menyembunyikan diri bersama Qutuz.

Gendang mula dimainkan oleh pasukan gendang tentera Islam. Sudah menjadi kebiasaan tentera Mamalik, mereka akan meletakkan satu pasukan gendang di medan perang. Mereka memainkan rentak yang akan memberikan isyarat tertentu kepada tentera Mamalik.Isyarat tersebut hanya mampu difahami oleh tentera Mamalik. Setiap pergerakan tentera akan ditentukan oleh gendang tersebut.

Pasukan Baibras sudah berada hampir dengan tentera Katabgha. Peperangan sudah semakin hampir.

Serangan Pertama: Bermula Peperangan

Bermulalah pertempuran. Katabgha yang menyangka bahawa pasukan Baibras yang kecil itu adalah keseluruhan tentera Islam telah mengarahkan keseluruhan tenteranya untuk masuk ke medan pertempuran. Mereka menyerbu masuk dengan jerit pekik yang kuat.
Baibras dan tenteranya berdiri tenang di tempat masing-masing menantikan kemaraan tentera Tartar yang berjumlah berlipat ganda dari bilangan pasukan mereka. Apabila tentera Tartar sudah hampir kepada mereka, Baibras memberikan isyarat kepada tenteranya untuk merempuh ke depan.

Pedang bertemu pedang, gendang dipalu bertambah kuat berselang seli memberikan arahan dengan takbir dari petani-petani yang berada di atas bukit. Darah mula mengalir. Satu demi satu nyawa melayang. Walau pun begitu, Baibras dengan bilangan tentera yang sedikit mampu bertahan sehingga ke saat itu. Ketakutan mula meresap masuk ke dalam diri tentera Tartar. Belum pernah mereka menghadapi kekuatan sedemikian.

Pemilihan Qutuz sememangnya tepat. Panglima-panglima perang yang dipilih untuk bertembung di peringkat awal dengan Tartar dan menghabiskan tenaga Tartar adalah panglima perang Mamalik terbaik. Mereka adalah panglima yang terlibat sekali di dalam mengukir kemenangan di dalam peperangan Mansurah menentang tentera Salib pimpinan Louis IX. Mereka memiliki kemahiran perang yang tinggi.
Qutuz dan baki tentera masih lagi menanti di sebalik tempat persembunyian mereka menyaksikan peperangan tersebut dan menunggu waktu sesuai untuk masuk ke serangan kedua.

Serangan Kedua: Mengepung Tentera Tartar

Masanya sudah tiba untuk Qutuz memberikan arahan baru. Arahan seterusnya adalah agar Baibras dan tenteranya berundur secara seimbang dan berpura-pura lemah. Taktik ini adalah taktik yang sama digunakan oleh tentera Islam di dalam peperangan Nahawand ketika tentera Islam di zaman Saidina Umar r.a. membuka Parsi. Taktik ini digunakan untuk menarik tentera Tartar yang sudah keletihan masuk ke tengah-tengah medan peperangan dan mengepung mereka di situ. Sebagaimana yang kita ketahui medan Ain Jalut berbukit di seluruh kawasannya kecuali di bahagian utara. Kepungan itu agak mudah untuk dilakukan jika sekiranya Baibras berjaya menarik tentera Tartar ke tengah medan.

Ia bukanlah taktik yang mudah. Ia memerlukan satu perkiraan yang tepat. Terlalu cepat akan menyebabkan musuh menyedari taktik tersebut. Terlalu lambat akan menyebabkan kematian tentera Islam.

Qutuz memberikan arahan kepada pasukan gendang untuk memberikan arahan baru ini. Baibras memahami rentak gendang tersebut. Tanpa berlengah dia dan tenteranya mula berundur ke belakang sedkiit demi sedikit dengan penuh hati-hati. Mereka berpura-pura menzahirkan keletihan dan kelemahan mereka.

Katabgha tertipu. Dia mengarahkan seluruh tenteranya untuk masuk ke dalam medan perang tanpa menyedari taktik tersebut. Ini adalah satu yang cukup pelik terjadi kepada beliau. Katabgha adalah panglima perang Tartar yang mahir. Menjadi panglima perang sejak zaman Genghis Khan. Ketika peperangan Ain Jalut, ia berusia lebih 60 tahun atau mungkin lebih 70 tahun. Satu usia yang memberikan pengalaman yang tidak sedikit berkenaan taktik-taktik perang di zaman itu. Tetapi Allah mengatur segala-galanya.

Taktik ini berjaya. Tentera Tartar telah berada dalam kepungan. Pada ketika baki tentera Islam muncul, Katabgha menyedari kesilapannya. Di sini tidak ada jalan lain bagi mereka kecuali terus berperang mati-matian. Mereka nampak kematian semakin menghampiri mereka.

Serangan Ketiga: Kekuatan Bahagian Kanan Tartar

Katabgha memberikan arahan agar semua tenteranya berjuang mati-matian. Mereka seolah-olah mengamuk dan mengasak tentera Islam. Di sini terbukti kebenaran apa yang dikatakan oleh wakil Sorimuddin Aibak berkenaan kekuatan bahagian kanan tentera Tartar. Bahagian kiri tentera Islam telah diasak dengan dahsyat oleh mereka. Gugur di kalangan tentera Islam seorang demi seorang sebagai syahid.
Qutuz yang melihat dari atas bukit merasai kesukaran yang dihadapi oleh tentera Islam. Langkah yang diambil oleh beliau amat menakjubkan. Beliau mencampakkan topi besinya lalu melaungkan ‘wa Islaaamah’. Laungan ini diucapkan oleh beliau sambil beliau turun ke medan perang dengan menunggang kudanya. Langkah ini diambil oleh Qutuz untuk menaikkan semangat tentera Islam.

Tentera Tartar terperanjat dengan kehadiran Qutuz di tengah-tengah medan perang. Qutuz memerangi mereka dengan penuh semangat seolah-olah beliau tidak langsung sayangkan nyawanya. Beberapa libasan pedang dan tombak hampir menemui beliau. Kudanya berjaya ditikam mati oleh tentera Tartar menyebabkan beliau terjatuh. Pun begitu beliau meneruskan jihadnya dengan berjalan kaki sehinggalah beliau berjaya mendapatkan kuda bantuan.

Seorang pembesar istana menjerit dan mencelanya kerana lambat menaiki kuda. Beliau bimbangkan Qutuz terbunuh lalu dengan itu akan kalahlah tentera Islam. Tetapi Qutuz menjawab: “Ada pun diriku, sesungguhnya ia sedang menuju surga. Ada pun Islam, ia mempunyai Tuhan yang tidak akan membiarkannya.”
Tentera Islam bertambah semangat dengan turunnya Qutuz ke medan perang.

Kematian Katabgha

Dibunuh oleh Jamaludin Aqusy as-Syams. Beliau adalah salah seorang panglima perang Mamalik. Pernah berada di bawah Raja Nasir al-Ayyubi. Kemudian beliau meninggalkannya setelah melihat pengkhianatan yang dilakukan oleh Raja Nasir al-Ayyubi.
Beliau merempuh tentera Tartar sehingga berjaya masuk ke tengah-tengah tentera tersebut. Di situ beliau melihat Katabgha. Jamaluddin tidak menunggu lama. Beliau mengumpulkan seluruh tenaganya dan melibas pedangnya ke arah leher Katabgha. Kepala Katabgha berpisah dari badan dan tercampak ke tengah medan perang di hadapan tentera Tartar.

Ketakutan makin meningkat melihat kematian Katabgha di hadapan mata mereka. Tentera Tartar mula melarikan diri melalui bahagian utara Ain Jalut. Tentera Islam mengejar mereka.

Pertembungan Akhir di Bisan dan Berakhirnya Kekuatan Tartar

Tentera Tartar bisa memecahkan kepungan tentera Islam. Mereka melarikan diri sejauh 20 kilometer dan berhenti di Bisan. Tentera Islam terus mengejar mereka.

Berlaku pertembungan yang lebih sengit. Kali ini tentera Tartar benar-benar menggila untuk memastikan mereka terus hidup. Qutuz berada di tengah-tengah medan peperangan memberikan semangat kepada tentera Islam. Beliau melaungkan: “Wa Islaamah. Wa Islaamah. Wa Islaamah. Ya Allah bantulah hambamu, Qutuz untuk menghancurkan Tartar.”

Akhirnya kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Mereka berjaya menamatkan mitos bahwa Tartar tidak akan dikalahkan bila-bila.
Medan peperangan kembali sunyi. Tidak ada lagi bunyi gendang. Tidak ada lagi jeritan Tartar. Tidak ada lagi takbir para petani. Tidak ada lagi bunyi libasan pedang. Mayat-mayat tentera Tartar mati bergelimpangan dalam bentuk yang mengerikan. Qutuz berjalan di tengah medan perang yang sudah sunyi melihat hasil peperangan selama sehari di bulan Ramadhan.

Kesudahan Yang Baik Buat Raja Yang Hebat

Qutuz sujud ke bumi mensyukuri kemenangan tersebut. Beliau dan tenteranya berjaya membunuh kesemua tentera Tartar. Ya! Kesemuanya. Tidak ada seorang pun dari tentera Tartar yang berjaya melepaskan diri mereka hidup-hidup. Semuanya mati dibunuh oleh tentera Islam di dalam peperangan yang cukup hebat ini.

Maruah umat Islam berjaya dikembalikan. Kematian jutaan umat Islam berjaya dibalas oleh Qutuz. Sememangnya beliau seorang pemimpin hebat yang berjaya mencipta satu sejarah untuk dibanggakan oleh umat Islam sepanjang zaman. 10 bulan sudah cukup bagi Qutuz untuk menjatuhkan Tartar yang bermaharajalela di bumi Islam selama lebih 40 tahun.

Semua itu terjadi pada 25 Ramadhan.



Para peneliti kembali menyimpulkan bahwa Ya'juj dan Ma'juj mereka adalah orang-orang yang berkulit kuning. Mendiami wilayah China, Korea, Tibet, Mongolia, Rusia, Turkistan dan lainnya. Lalu apa hubungan mereka dengan kebangkitan Ya'juj dan Ma'juj menjelang hari Kiamat?

China disinyalir merupakan bahaya yang dahsyat bagi Eropa, Amerika, Arab dan lainnya. Sedikit informasi ekonomi Mesir hari ini mulai dikuasai oleh bangsa pendatang (China). Bahaya di masa depan utamanya adalah terkait dengan jumlah penduduknya. Penduduk China merupakan seperempat jumlah penduduk bumi. Jumlah itu terus bertambah dengan cepat. Memang belum jelas apa yang akan terjadi di masa depan, dengan terus bertambahnya jumlah penduduk bukan tidak mungkin mereka melakukan ekspansi besar-besaran. Ekspansi itu mungkin dengan cara damai atau bahkan dengan pendudukan secara paksa. Akan tetapi sumber sejarah membenarkan keadaan ini, dan mewanti-wanti akan bahaya China di masa depan. Seorang Kaisar Jerman pernah berkata, "akan celaka Eropa dari China!"

Keberadaan Rusia juga tidak bisa dikesampingkan, mungkin saja mantan negara adidaya itu bangkit kembali dan berkuasa. Karena sejarah dan sunatullah mencatat ada pengulangan dari setiap kejayaan.

Sebagian ilmuwan berpendapat bahwa Ya'juj dan Ma'juj bukan ditujukan kepada kelompok atau etnis tertentu, tetapi lebih menekankan kepada sifat secara umum bagi semua kelompok, etnis dan bangsa yang suka membuat kerusakan dan membunuh manusia. Tetapi pendapat ini dibantah, karena bukti-bukti sejarah dan dalil-dalil agama menunjuk kepada kelompok tertentu (baca: pengkhususan).

Kebangkitan Ya'juj dan Ma'juj menjelang hari Kiamat merupakan suatu kepastian. Mereka akan bangkit dari sebelah Timur dalam jumlah yang sangat besar, mereka menghabiskan 'sumber-sumber air' di negeri-negeri yang mereka lewati. Bahkan saking rakusnya, sebagian kelompok Yajuj dan Ma'juj yang terakhir tidak mendapatkan air itu. Ini semua tidak akan terjadi kecuali menjelang hari Kiamat. Wallahu 'alam

rooosssssseeeee.....

 Upload Photos Days Pics Funny PicsDays Images Free Pics Free Image Hostingguixia, rose bouquet 38Rose RoseFlower Images Flower Pics Funny PicsFree Image Hosting Photo Sharing Funny PicsFree Image Hosting Flower Pictures View PhotosHAPPY BIRTHDAY Tami by Ajris.Rose by Ajris.

Perosak rumah tangga boleh disaman

Perosak rumah tangga boleh disaman


Saya pernah membaca mengenai kisah seorang wanita yang menyaman kekasih suaminya dengan alasan menyebabkan keruntuhan rumah tangganya. Apakah keadaan yang membolehkan seseorang berbuat demikian dan bagaimana jika orang ketiga itu adalah keluarga mentua (yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga)?

Jawapan:

Adalah menjadi satu kesalahan bagi pihak ketiga (tanpa mengira sesiapa pun - ini termasuklah juga mereka daripada kalangan keluarga mentua) untuk mengganggu kerukunan rumah tangga sehingga berlakunya perceraian. Ini dapat dilihat dalam Seksyen 33 dan 34 daripada Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995; memperuntukkan bahawa sesiapa yang menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan kesalahan dan apabila sabit kesalahan boleh didenda atau dipenjarakan.
Sekiranya mana-mana orang cuba menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan atau tanggungjawabnya kepada isteri atau suami atau keluarganya, ia adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh di denda atau dipenjarakan atau kedua-duanya.

Justeru, hindarilah daripada perbuatan yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga pasangan suami isteri. Jika mana-mana pihak ingin mendirikan rumah tangga janganlah hendaknya diganggu mana-mana pasangan suami atau isteri yang sedang hidup bahagia dan boleh membawa kepada perceraian.

(Hantarkan soalan anda kepada bhnita@bharian.com.my)

Malu penghalang terjebak perbuatan mungkar

Malu penghalang terjebak perbuatan mungkar

MALU adalah sifat terpuji kerana sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan disebabkan sifat malu menghalang seseorang melakukan kesalahan serta kemungkaran.

Malu juga akan meninggikan darjat keimanan seseorang seperti sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kesimpulan yang boleh dibuat apabila melihat kemungkaran seperti rasuah dan pergaulan bebas ialah mereka sudah hilang sifat malu kerana tergamak melakukan perbuatan dilarang Allah.


Hilang malu menjadikan seseorang melakukan maksiat sesuka hati seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jika engkau tidak rasa malu, perbuatlah apa saja yang engkau mahu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Bukhari) Perasaan tidak takut dosa atau azab Allah hanya ada pada mereka yang kering rasa malu dalam jiwa untuk melakukan dosa, malah tidak menghiraukan pandangan orang lain.

Demi menjaga kesucian maruah, masyarakat dan agama, maka setiap individu Muslim perlu menghiasi jiwanya dengan malu serta menganggap sifat itu perkara yang sangat penting perlu ditekankan dalam pembinaan akhlak terpuji.

Mereka yang mempunyai rasa malu termasuk golongan orang beriman kerana malu sebahagian tanda iman seperti dijelaskan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya malu dan keimanan saling berkait, jika salah satunya dikeluarkan yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis riwayat Baihaqi) Diriwayatkan ketika Rasulullah SAW melewati seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya mengenai rasa malu, maka Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Biarlah ia memiliki rasa malu kerana malu itu termasuk dalam keimanan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya dengan wujudnya rasa malu, seseorang tidak tergamak melakukan hal yang ditegah Islam seperti dinyatakan pendakwah, Amru Khalid dari Mesir dalam tulisannya Akhlaq al-Mukmin: "Jiwa (diri) tidak mampu untuk melakukan perbuatan jelek atau sesuatu yang tidak baik. Diri tidak kuat untuk melakukannya. Seorang pemalu tidak sanggup melihat dirinya terhina di hadapan Allah, di hadapan manusia atau di hadapan diri sendiri." Begitulah bernilainya sifat malu seperti mutiara yang mencantikkan akhlak dan sekali gus menjadi benteng diri, tidak mudah melakukan sebarang maksiat yang dimurkai Allah.

Jika kita renung kisah diceritakan al-Quran mengenai Nabi Yusuf, walaupun diajak Zulaikha melakukan perkara terlarang sambil menutup pintu bilik, Baginda tidak tergoda (ketika itu peluang mereka melakukannya terbuka luas) kerana dihalang rasa malu bersumber daripada telaga keimanan sehingga kehormatan dan kemuliaan sebagai insan berpangkat nabi tidak sedikit tercemar.

Kisah itu terpelihara dalam kitab suci bermaksud: "Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu, seraya berkata: Marilah ke sini. Yusuf berkata: Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku sudah memperlakukan aku dengan baik. Sesungguhnya orang yang zalim tiada akan beruntung." (Surah Yusuf, ayat 23)

Rasulullah SAW menghuraikan dengan jelas mengenai malu kepada Allah melalui sabda Baginda yang bermaksud: "Milikilah rasa malu kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kami (sahabat) berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Alhamdulillah kami sudah memiliki rasa malu. Rasulullah bersabda: Bukan sekadar itu, tetapi barang siapa yang malu kepada dengan sesungguhnya, hendaknya menjaga kepalanya dan apa yang ada di dalamnya (mata, telinga, lidah, mulut dan muka), hendaklah ia menjaga perut dan apa yang didalamnya, hendaknya ia mengingat mati dan hari kehancuran. Siapa menginginkan akhirat ia akan meninggalkan hiasan dunia. Siapa yang mengerjakan itu semua bererti sudah malu kepada Allah dengan sesungguhnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Sebagai insan yang dimuliakan Allah, kita perlu selalu memelihara maruah diri dengan rasa malu. Apabila tindakan bijak diambil, terhindar daripada mencipta dosa sama ada secara zahir atau batin. Apabila diri sudah tidak tahu malu, maka pasti akan dipandang hina, jijik, tidak berharga serta dibenci masyarakat.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah jika ingin menghancurkan seseorang, Ia akan mencabut rasa malu dari dirinya. Apabila rasa malu itu dicabut (daripadanya), maka engkau akan menemuinya sebagai seorang yang dibenci dan menjijikkan." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Malu adalah sifat utama Mukmim yang menghasilkan kebaikan dan menjadi perisai daripada melakukan perkara bertentangan ajaran Islam selain terhalang daripada mengikut hawa nafsu.

Namun, malu melakukan ketaatan kepada Allah adalah malu yang dilarang serta tercela seperti malu untuk menutup aurat, malu mengerjakan solat dan melakukan kebaikan diwajibkan Islam. Jadilah pemalu yang sejati, semoga kita akan dikasihi dan diredai Allah.

AMALAN SEBELUM TIDUR - WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA

AMALAN SEBELUM TIDUR - WASIAT RASULULLAH UNTUK WANITA

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh kepada alat penggiling rotinya dan menyampaikan hasratnya ingin seorang pembantu. Lalu Rasulullah S.A.W berkata kepada anaknya; Ketahuilah akan ku ajarkan kepada mu sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertakbirlah 34x, bertasbihlah sebanyak 33x dan bertahmidlah sebanyak 33x, maka itu adalah lebih baik dari seorang pembantu rumah.

Wahai saudariku kaum muslimah, Inilah wasiat Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat.

Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tentu anda tertanya-tanya apa gunanya zikir itu sedangkan sekiranya alangkah lebih baik baginda memberi seorang pembantu yang kebetulannya ada tawanan yang menawarkan diri untuk berkhidmat dengan sukarela.

Tahukah kamu dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baiknya perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.

Dalam wasiat ini Rasulullah S.A.W berpesan kepada puterinya bahawa dengan zikir itu akan menghilangkan rasa keletihan, kesulitan dapat ditanggung dengan kesabaran dan yang lebih penting lagi mengharapkan pahala.

Telah kita ketahui bahawa berbanyakkan berzikir itu dapat mensucikan jiwa dan hati. Untuk mencapai kejayaan hati yang ihlas dan murni ini Rasulullah S.A.W berwasiatkan kepada semua wanita agar kita mendapat kebaikan dari berzikir itu.

Lihatlah betapa agungnya zikir itu digantikan dengan seorang pembantu, kerana pada zahirnya zikir itu memberikan kita kekuatan untuk menghadapi segala dugaan hidup.

Begitulah wahai saudariku kaum muslimah, wasiat Nabi S.A.W yang disampaikan kepada salah seorang pemimpin Syurga, Fatimah, iaitu berupa kesabaran yang baik. Perhatikanlah, bagaimana seorang puteri Nabi dan isteri kepada sahabat yang mulia harus menggiling, membuat adunan roti dan melaksanakan pekerjaan rumahtangganya.

Mengapa kita tidak menirunya?

Teman tidurku

Kisah Cinta Seorang Suami

Kisah Cinta Seorang Suami
Nostalgia
Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.   
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari dia
boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan
kalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .........

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak didugaoleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari
cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yang masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak
suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah Pak Suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .

Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?

Super Junior - BONAMANA

No Other (English Subtitle) - Super Junior HD English + Hangul Lyrics EN...

Wednesday, December 29, 2010

Muslim Prayer - No Excuse to Miss it

TAKDIR YANG TERHIJAB

TAKDIR YANG TERHIJAB

Ain menarik nafas dalam-dalam. Laut yang terbentang luas di hadapan bagai menghadiahkan ketenangan buatnya. Dia memandang jauh. Sebuah kapal yang bergerak perlahan bagai membelah lautan membawa dia terbang bersama rasa takjub akan kebesaran Allah yang mengizinkan sesuatu itu bergerak atas kuasa-Nya. Siapa yang dapat menghalang seandainya Allah ingin menenggelamkan kapal itu melainkan kuasa Allah untuk menahannya dari tenggelam. Subhanallah. Zikirnya menyapa hati. Apa yang terbentang luas di hadapannya kini benar-benar membawa dia hanyut bersama rasa kebesaran Allah. Angin Laut China Selatan menyentuh pipinya, mengundang rasa nyaman yang amat. Dia nikmati rasa kebesaran Allah sehingga dirasakan hanya dia sahaja yang ada disitu saat itu. Sehingga dia lupa seseorang sedang memerhatikannya.

Kak Ain.” Sapaan lembut dari Zahra mematikan lamunan Ain. Zahra ingin memulakan bicara. Kerana apa yang berada dalam benaknya bagai menolaknya untuk keluar. Angin yang menyapa lembut wajahnya tidak mampu mendamaikan hatinya saat itu. Dia harus luahkan.

Ya dik…maafkan akak, akak sedang menghayati apa yang terbentang luas di depan mata sekarang ni sehingga terlupa Zahra kat sebelah...” Ain tersenyum menambat hati seorang adik. Dia benar-benar lupa yang dia bukan keseorangan. Sudah sekian lama dia tidak menghadap laut dan terbang bersama rasa takjub akan kebesaran Allah. Sehinggalah petang itu, halaqah yang dijanjikan waktunya dengan adik-adik usrahnya di tepi pantai bagai suatu nikmat baginya. Sementara menanti ahli yang lain sampai, diambilnya peluang itu untuk duduk menghadap pantai berhampiran UiTM kampus Dungun.

Kak, boleh Zahra kongsi sesuatu dengan akak, Zahra rasa tak sanggup pendam sorang-sorang lagi.” Zahra mulakan bicara. Saat itu ingin sekali rasanya dia menghembamkan wajahnya pada bahu seorang kakak di hadapannya. Biar dilepaskan semua yang membebankan hati dan jiwanya. Namun ditahan. Biar lah dia meluahkan kata sebaik mungkin agar butir bicaranya sampai pada yang mendengar dan dia mengharapkan segugus kata yang bisa menenangkan hatinya yang berkecamuk dihempas sesuatu yang bernama kekecewaan.

Ye dik, silakan..ceritalah..akak sedia dengar.” Ain mengubah posisi duduknya, daripada menghadap laut ke sisi menghadap seorang adik yang sedang memandangnya sayu. Ditatapnya wajah itu, ada garis kedut di dahinya. Bisik hati Ain, ‘benar, dia kini bagai menahan rasa di hati.’

Kak, kenapa ya..walaupun kita berusaha lakukan yang terbaik, kita jaga batas syariat, kita tak lakukan apa yang Allah larang, tapi kenapa kita masih tak dapat apa yang kita impikan kak? Zahra penat menjaga, kak. Akhirnya kecewa yang Zahra dapat.” Terluah sebahagian isi hatinya. Dia bagai tidak mampu menahan sebak. Terasa menekan-nekan beban dijiwanya, membuak-buak memaksa untuk keluar.

Ain terdiam. Cuba menghayati setiap bait kata yang terucap dibibir seorang muslimah di hadapannya. Namun dia antara faham dan tidak cuba meneka, tapi akhirnya akal seorang hamba tidak lagi mampu mendalami sejauh mungkin apa yang tersirat di sebalik kata yang terluah oleh seseorang yang terbit dari hatinya. Dia terus cuba merungkai apa yang bermain di benak gadis itu.

Dik, terus teranglah dengan akak. Apa sebenarnya yang berlaku. InsyaAllah, setiap masalah itu ada jalan keluarnya.” Ain cuba memujuk. Dia ingin kepastian. Biar kata yang mampu diucap nanti kena pada sasarannya. Dan dia ingin berkongsi rasa bukannya sekadar menjadi pendengar yang setia.

Zahra mengangkat wajahnya yang tadi tertunduk menahan sebak. Memandang laut. Bebola matanya mengecil seperti memutar semula memori lama dibenak fikiran. Lantas dialihkan pandangannya memandang tepat pada wajah seorang kakak di sisinya.

Kak, Zahra sukakan seseorang tapi selama ni Zahra pendam sahaja perasaan itu. Zahra tak pernah luahkan. Tapi orang yang Zahra sukakan itu tahu perasaan Zahra. Dia minta Zahra banyakkan doa dan solat minta Allah beri petunjuk. Zahra turutkan kehendaknya kerana Zahra tahu dia cuba lakukan yang terbaik untuk menjaga hubungan ini. Dia juga pernah berjanji untuk hidup bersama Zahra. Kami jarang berhubung, sms pun jarang sekali. Selama ini Zahra hanya meluah rasa melalui doa seharian. Semua perasaan Zahra padanya Zahra luah pada Allah sebab Zahra yakin, hanya Allah yang mampu kabulkan keinginan Zahra. Lama Zahra menunggu dia, tapi akhirnya Zahra kecewa”. Terhenti bicaranya sebentar. Suaranya bergetar. Seketika kemudian dia menyambung.

Apa yang Zahra dapat tahu sekarang, dia dah bertunang dengan orang lain.” Zahra tertunduk lesu. Akhirnya takungan air jernih di kelopak matanya pecah jua. Mengalir laju menelusuri pipinya lantas menitik jatuh menyentuh tangan menuju ke tanah. Dia terus menghentikan bicaranya kerana terasa dadanya tersekat dengan satu benteng perasaan sedih yang teramat.

Ain terdiam. Seorang adik di hadapannya kini rupanya sedang bergolak melawan kehendak hati. Lumrah seorang gadis sepertinya yang dihadiahkan perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Sebelum ini dia hanya mendengar kisah konflik cinta dan perasaan dari orang lain, tapi kini adik usrahnya sendiri yang sedang bertarung dengan masalah itu. Tidak dapat tidak, dia harus membantu semampu mungkin, biar terhapus semua keresahan hati yang sedang di tanggungnya.

Ain menarik nafas sedalam-dalamnya. Memandang tepat pada Zahra yang tertunduk bisu. Lantas dicapainya tangan lembut muslimah itu,digenggamnya kemas. Biar apa yang dirasai gadis itu turut terpikul olehnya dan biar apa yang menguasai jiwanya dapat dia selami sehingga butir bicaranya nanti mampu menenangkan hati adik di hadapannya itu. Dia memandang Zahra yang tertunduk sayu. Bisik hatinya,' gadis di hadapannya ini adalah seorang yang hebat jiwanya. Kalau tidak mana mungkin dia diuji dengan sesuatu ujian sehebat ini. Bukankah Allah itu menguji hamba-Nya mengikut kemampuan?’

Ain bisikkan doa dalam hatinya. Semoga apa yang bakal terluah untuk menenangkan sekeping hati yang sedang lara, mampu menyentuh lembut lantas menyelinap masuk ke dalam qolbu gadis itu. Hanya Allah yang memberi ketenangan. Dan pada sangkaan Ain, Zahra sebenarnya bukanlah berkonflik dengan insan yang dia impikan itu, tapi Zahra kini sedang melawan kehendak hati yang dihalang sesuatu yang bernama takdir.

Dik, akak faham situasi Zahra….dan izinkan akak mengucapkan sesuatu penghargaan buat Zahra ya..akak nak ucap tahniah buat Zahra.” Sebaris kalimah yang keluar dari mulut Ain buatkan Zahra mendongak memandangnya. Zahra keliru. Bisik hatinya, kenapa di saat dia kesedihan seorang kakak di hadapannya mengucapkan tahniah seolah-olah dia baru sahaja mengecapi sebuah kejayaan sedangkan dia kini kehilangan.

Ya, akak nak ucap tahniah sebab Zahra sudah lakukan yang terbaik. Zahra telah meletakkan diri Zahra di tempat yang betul. Zahra tidak silap..Zahra bertindak betul. Akak kagum dengan Zahra.” Ain mengemaskan genggaman tangannya pada tangan Zahra. Dia ingin membiarkan Zahra merasakan bahawa tindakan dia selama ini dengan meletakkan dirinya di bawah kuasa Allah adalah sesuatu yang paling tepat. Dan Biar Zahra sedar, bahawa dia tidak perlu menyalahkan setiap pulangan yang Allah lemparkan buat dirinya.

Zahra tak faham kak…Zahra keliru dengan kata-kata akak.” Luah Zahra yang sedari tadi hanya memandangnya bisu.

Zahra, cuba tengok kat sana tu.” Ain menunding jarinya pada suatu sudut. Terlihat sepasang kekasih berpegangan tangan sedang bergurau senda sesama mereka. Apa yang terlihat di matanya kini, adalah suatu tindakan yang dimurkai Allah. Ain yakin, pasangan itu belum menikah, kerana dia kenal benar perempuan yang sedang diusik manja oleh seorang lelaki di sebelahnya. Perempuan itu adalah jirannya. Namun, dek kerana keasyikannya di manjai, dia seperti hanyut dengan dunianya sehingga dia tidak perasan kehadiran Ain.

Zahra nampak kan apa yang akak nampak? ” Zahra mengangguk perlahan namun pandangannya kembali mengadap laut. Ain sedar disaat ini, fikiran Zahra belum dapat menerima dan menghiraukan keadaan sekitar sedang fikirannya kini bagai tenat dihambat kesedihan.

Dik, mereka nampak bahagia kan…apa yang mereka nak, mungkin mereka sedang kecapi. Tapi akak yakin, disebalik kebahagiaan yang dipamerkan ada kemurkaan Allah di sebaliknya. Mana mungkin Allah tidak marah bila perempuan dan lelaki bersentuhan tanpa nikah..kan dik?” persoalan ain menarik perhatian Zahra. Perhatian dia pada laut beralih memandang seorang kakak di hadapannya.

Maksud akak? ” soal Zahra yang telah diundang oleh rasa ingin tahu.

Dik, sebab itu akak hadiahkan ucapan tahniah buat Zahra tadi. Sebabnya Zahra tidak seperti mereka. Kalau Zahra nak, dah lama Zahra lakukan seperti mereka lakukan..kan? Tapi Zahra tidak. Zahra menjaga demi sebuah ketaatan kepada Allah dan takut pada kemurkaannya kan? Inilah kejayaan besar buat Zahra sebenarnya. Zahra telah meletakkan Allah mendahului segalanya. Sebab itu Zahra tidak perlu sedih, sayang… kerana Allah telah memberi ganjaran atas sebuah ketaatan yang Zahra pertaruhkan. Bukankah begitu dik?

Zahra, cinta yang sebenar-benarnya cinta yang disandarkan kepada Allah seharusnya membahagiakan dik. Tiada gelisah tiada resah biarpun sebuah pengharapan yang kita semai selama ini musnah akibat tindakan kerdil seorang hamba. Namun, bagi kita itu adalah yang terbaik kerana apa lagi yang lebih penting dari berserah diri kepada Allah setelah kita berusaha dan bertawakkal sebaik mungkin pada Allah? Itulah yang sebenar-benarnya cinta. Disandarkan bulat-bulat pada Allah, pemegang mutlak hati-hati hamba-Nya. Siapa kita untk mengizinkan dan menolak perasaan kasih dan sayang terus bersemai dalam setiap jiwa hambaNya melainkan Allah yang mencampakkan rasa itu. Ya, cinta itu seharusnya membahagiakan bukan meresahkan jiwa. Seandainya meresahkan, periksa dan teliti lah semula cinta itu. Boleh jadi cinta itu bukan kerana Allah. Mungkin kerana nafsu dan kehendak semata-mata. Kerana hanya nafsu yang liat untuk tunduk pada perintah Allah sejak azali lagi. Dik, Inilah matlamat sebuah cinta. Ketenangan jiwa, kebahagiaan hidup, kelangsungan tindakan dan yang lebih penting cinta kerana Allah itu bakal mencipta satu kebergantungan yang kuat kepada Allah. Dik, orang yang kita impikan itu cuma alat. Matlamat sebenar kita dalam mengejar sebuah cinta adalah redha Allah.

Tapi kak…Zahra dah lakukan yang terbaik. Bukankah Allah itu akan memberi kepada setiap orang yang berusaha? Dan Zahra yakin Zahra dah lakukan yang sebetulnya. Tapi kenapa akhirnya ini yang Zahra dapat? “ Zahra persoalkan ketentuan Allah diikat dengan rasa kecewa yang belum lagi terubat lukanya.

Dik, disinilah Allah nak membentangkan bukti sama ada kita cintakan seseorang itu kerana Allah atau tidak. Ataukah sekadar sebuah ucapan dibibir? Persoalan Ain sekali lagi buatkan Zahra terkesima. Lantas dia memandang tepat pada wajah kakak di hadapannya.

Ya dik, inilah buktinya. Seseorang yang cintakan seseorang kerana Allah, sebenarnya sedikit pun tidak mengharapkan cinta dari manusia itu, tapi dalam diam dia menanam satu pasak pengharapan yang kukuh pada Allah sehinggakan tanpa sedar dia merelakan apapun jua yang bakal Allah berikan buat dia kelak. Kerana dia yakin hanya Allah yang mampu menyebarkan rasa cinta pada orang yang selayaknya menerima. Untuk mencapai cintanya itu dia akan terus berusaha sebaik mungkin, macam mana? Pelihara cinta itu atas dasar mencari redha Allah. Jaga batasan sebaiknya dan tunaikan hak dan suruhan Allah. Apapun jua pulangan Allah buatnya, dia berserah. Seandainya tiba di pertengahan, perancanganya musnah, dan dia kehilangan apa yang dikejarnya. Namun, dia tidak gentar kerana baginya kehilangan itu tidak kemana, semuanya kembali kepada Allah. Dia tidak kesal akan kehilangan kerana baginya dia telah lakukan yang terbaik seperti yang Allah inginkan dan bukan apa yang manusia inginkan. Dan saat itu dia sedar bahawa dia menyerahkan urusan hidupnya kepada Sang pemilik ibu kunci segala kebahagiaan, iaitu Allah swt. Dik, orang yang mencintai seseorang kerana Allah, dia meletak pengharapan pada Sang Pencipta bukan pada orang yang dicipta. “ Ain sedikit tegas. Adik di hadapannya sedang berkonflik dengan ketentuan yang Allah aturkan di sebalik rasa sayangnya pada seseorang yang bernama lelaki. Biar katanya berbekas.

Ramai orang di luar sana menggunakan nama Allah untuk perindahkan janji setia nya pada pasangannya, kononnya, kerana Allah lah dia mencintai kita. Persoalannya betul ke kerana Allah? Sedang hak Allah belum dia jaga sebaik mungkin. Kononnya sayang kerana Allah, tapi saling berhubung, ber’sms, beremail sepanjang masa, dan ada yang lebih berani keluar bersama membawa seorang teman yang tidak selayaknya menjadi ‘teman’. Itu ke kerana Allah? Benar, bibir mengucapkan nama Allah tapi di hati penuh dengan rasa asyik bersulamkan nafsu di jiwa sehingga tanpa sedar, Allah yang sebelumnya berada di tangga pertama dalam hati jatuh ke tangga terakhir sekali. Nauzubillah dik.

Zahra, buka la mata hatimu sayang. Lihat sedalam-dalamnya. Akak faham situasai Zahra. Apa yang berlaku ini adalah hadiah yang terbaik Allah kurniakan buat Zahra sebenarnya. Zahra lupa ya pesan Rasulullah SAW pada kita. Boleh jadi apa yang kita suka itu membawa keburukan buat kita, dan boleh jadi perkara yang kita lari darinya, membawa seribu kebaikan buat kita. Subhanallah. Kita sangat naïf dik untuk mentafsir takdir Allah yang terhijab tebal. Walaupun kita berusaha sebaik mungkin, tapi bila Allah tidak izinkan, siapa kita untuk menghalang. Walau menangis kita air mata darah sekalipun, takkan mampu merubah takdir Allah yang Allah atur kemas dalam kalungan rahsiaNya.” Ain menutur kata dengan tenang. Setenang laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Hanya kadang kala laut itu bergelora dek hempasan ombak yang memukul. Ya, seperti pantai, adakalanya hati-hati ini perlu digoncang, biar tersedar dari lamunan yang panjang.

Dik, cuba pandang pada kapal besar di sana tu. Atas kuasa Allah, kapal itu mampu timbul bergerak membelah lautan. Dan atas kuasa Allah jua kapal itu mampu tenggelam dalam sekelip mata sahaja. Walaupun dia atas kapal itu ada pelbagai alat digunakan untuk mengelakkkan kapal itu dari karam, tapi saat Allah menurunkan takdirnya menenggelamkan kapal itu, siapa yang mampu menghalang? Tiada siapa dik. Persoalan yang boleh kita timbulkan, kenapa Allah tenggelamkan kapal itu sedangkan mungkin ramai orang yang soleh berada di atas kapal itu? Tidak adilkah Allah?” Bergetar suara Ain sewaktu menutur kata mempersoalkan hak Allah. Biarlah, biar kata-kata itu mampu menjentik akal untuk berfikir. Ain ingin sekali membuka mata hatinya dan hati adik di hadapannya untuk dia sama-sama melihat takdir Allah yang Allah sentiasa hijabkan dari pandangan manusia yang dhaif.

Zahra perlahan-lahan menggelengkan kepalanya. Dia menjawab sendiri dalam diam. Hatinya kini rasa terpukul dengan persoalan yang meluncur laju dari bibir seorang kakak di hadapannya. Iya, benar. Takdir Allah mendahului segalanya. Biar sehebat mana pun perancangannya, namun Allah Maha Besar lagi hebat perancangannya. Zahra akui tentang itu.

Zahra memandang buih-buih yang timbul di permukaan air. Memutih di atas hamparan pantai, cantik bak ukiran indah pada sehelai kain yang bersih. Beralun-alun dibuai ombak. Matanya asyik memerhati buih-buih putih yang hilang dan kemudian timbul lagi, namun hatinya terbang bersama rasa sebak. Ada satu persoalan yang tertancak kemas meminta dia merungkainya. ‘Betul ke selama ini dia bergantng harap pada Allah? Atau dia hanya ditipu dek indahnya rasa cinta pada seseorang. Mungkin. Bisik hatinya lagi. Benar kata-kata kak Ain tadi, cinta itu seharusnya membahagiakan kalau ianya betul-betul kerana Allah. Tapi kini terbukti cinta itu buatkan dia merasa kecewa. Benarlah, selama ini ketaatan dia pada Allah bukanlah sebenar-benarnya ketaatan, tapi dinodai oleh perasaan.’

Ya Allah…. ” Zahra menutup wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Rasa bersalah memenuhi ruang jiwanya. Dia sedih atas apa yang telah dia lakukan. Kata-kata kakak di sebelahnya betul-betul membuka pintu hatinya melihat rahsia yang Allah tabirkan melalui setiap kejadian.

Zahra… ” Ain menyapa lembut adik di hadapannya setelah dibiarkan seketika Zahra bermonolog sendirian. Dia mengusap-usap bahu Zahra, biar adik itu merasa ketenangan disaat dia sedang dihambat rasa yang sukar dimengerti.

Kak…betul kata akak…ya, mungkin Zahra tidak sepenuhnya bergantung pada Allah. Ketaatan Zahra itu kerana manusia, dan bukannya lahir ikhlas kerana Allah. Sekarang Zahra sedikit rasa lega kak dan Zahra baru faham, apa itu yang dinamakan cinta manusia kerana Allah. Ya, cinta kerana Allah itu seharusnya membahagiakan dan bukannya kecewa seperti apa yang Zahra rasakan...hmm..” Sekali lagi air jernih menitis perlahan menuruni pipi putih bersih gadis itu. Cepat jari-jarinya menyeka air mata dari terus mengalir. Dia memandang ke arah kapal di lautan luas terbentang yang semakin mengecil dari pandangan. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Terasa sejuk menjalar di segenap ruang urat saraf. Laut yang terbentang luas di hadapannya kini baru dirasakan terlalu bermakna baginya.

Kak, hebatkan Allah? ” Zahra masih tidak mampu menahan air matanya dari jatuh. Malah untaian jernih itu bagai meluncur laju selaju air di empangan yang pecah. Turun bersama rasa taajub akan kebesaran Allah yang menjadikan sesuatu itu Maha Indah andai dimengerti dengan mata hati. Ain mengangguk perlahan. Hatinya juga beristighfar lembut disulam rasa syukur pada Allah kerana dalam diam, seketul hati ini akhirnya tunduk dan sujud pada takdir Allah yang berseni. Ya, dia mengakui bahwa Allah itu Maha Hebat sehebat ciptaanNya. Subhanallah.

Zahra mencapai tangan Ain, digenggamnya kemas. Kejap. Dipandangnya seorang kakak di hadapannya dengan penuh rasa cinta. Hatinya tenang, setenang wajah milik kakak di hadapannya. Dia ingin menuturkan sesuatu. ‘Selayaknya dia mendapatkan ucapan ini’ getus hati Zahra.

Kak, terima kasih atas kata-kata nasihat akak. Alhamdulillah, hati Zahra rasa tenang sekarang. Zahra akui hati ini tidak mampu melihat kebenaran andai disulamkan dengan rasa riak dalam mentafsir takdir Allah. Dan sesuatu yang Zahra belajar hari ini adalah, cinta kerana Allah itu adalah membahagiakan bukan menyeksakan. Hmm..terima kasih kak” Zahra mengucapnya penuh ikhlas dari hati. Ingin sekali dia memeluk muslimah di hadapannya.

Dik, Alhamdulillah. Allah pemilik mutlak hati ini. Dia yang mencampakkan ketenangan dan membuka hati Zahra melihat kebenaran. Akak cuma perantara sahaja dik. Apa yang berlaku juga menjadi manfaat untuk akak. Ya, akak bukanlah orang yang terbaik untuk Zahra, tapi akak cuba berada pada landasan orang yang pernah ‘jatuh’ suatu ketika dahulu dalam usaha mentafsir takdir Allah. Dan sekarang akak cuba ‘berdiri’ lagi. Merenung dan mencari setiap apa yang Allah aturkan, cukup berseni, hanya tinggal hambaNya sahaja mengambil peluang merenung dengan mata hati.” Ain meluahkan rasa. Ya, apa yang berlaku juga membuka mata hatinya melihat takdir Allah yang terhijab seni tanpa diduga oleh akal insan yang dhaif sepertinya.

Sedang mereka berdua berkongsi rasa, dua ekor anak ketam bekejaran menarik perhatian mereka. Binatang kecil itu bagai berebut sesuatu, seketika kemudian berlari bekejaran masuk ke dalam lubang. Mengintai-ngintai di celahan. Namun hilang di sebalik simbahan ombak yang datang tanpa diundang. Setelah ombak pergi, hilang sudah jejak lubang-lubang milik binatang kecil itu, seketika kemudian timbul lagi dua ekor anak ketam keluar di sebalik pasir yang memutih.berlari-lari dihadapan dua orang muslimah yang sedang menghambat rasa. Binatang kecil itu bagai berdrama di hadapan mereka berdua. Mencuit hati Zahra dan Ain.

Zahra, setiap apa yang Allah pertontonkan kepada kita, ada hikmahnya. Beruntung sangat buat mereka yang melihat dan mentafsir sesuatu kejadian itu dengan mata hati. Akak teringat golongan yang dimaksudkan oleh Allah sebagai golongan orang-orang yang berakal. Zahra nak tau siapa golongan itu?

Zahra menganggukkan kepalanya perlahan. Ain memandang jauh, matanya terlekat pada seekor burung yang sedang bertenggek di atas perca kayu di hadapannya. Namun fikirannya jauh menerawang dan berhenti tatkala teringat baris-baris makna ayat dari Qalam suci.

Dibacanya lembut dengan penuh perasaan.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi serta pergantian siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah ketika duduk, berdiri dan berbaring, mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata; Ya Allah, tidaklah Engkau menciptakan sesuatu itu dengan tidak sia-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari azab api neraka, Ali Imran ayat 190 sehingga 191.”

Zahra kusyuk mendengar. Seketika kemudian dia mengukir senyum lantas dihadiahkan buat seorang kakak di sisinya. Disambut mesra oleh Ain. Dia kembali semula mengadap laut. Burung-burung berterbangan bagai menari-nari menghiburkan hatinya. Dan nun jauh di sana, kapal itu terus berlayar dengan tenang. Dadanya kini terasa kosong. Zahra kini semakin mengerti.

...dan Ain,

Ain membisikkan sesuatu dalam hatinya. ‘Subhanallah, tidak Engkau ciptakan ini semua dengan sia-sia ya Allah. Ada hikmah di sebalik takdir yang Engkau tabirkan. Kapal yang belayar di tengah lautan, burung-burung yang berterbangan, buih-buih laut yang memutih, anak-anak ketam yang berkejaran, cinta yang bahagia di sebalik kemungkaran serta cinta yang tergendala di sebalik ketaatan, semua itu membuatkan dia semakin taajub akan kebesaran Allah. '

Sesungguhnya rahsia Allah cukup terseni, dan hari ini membawa suatu yang baru menuntut dirinya mengerti, iaitu pada takdir Allah yang terhijab.

~aiNi.
” Kenyataan Ain buatkan Zahra merenung sedalam-dalam matanya. Ada sesuatu yang menarik hatinya untuk mentadabbur sebentar kalimah yang meluncur laju keluar dari mulut seorang kakak di hadapannya.