Wednesday, December 29, 2010

SAHABATKU

DUHAI  SAHABATKU
Bismillahirrahmanirrahim..

Indahnya berukhwah di atas dasar ke fahaman islam, dalam kelalaian dan leka, punya sahabat yang mengingatkan dan menyedarkan.
kadang terlalu asyik lena di buai kedamaian, datang sahabat menggerakkan dan menyedarkan.

walau berbeza umo, walau berbeza pangkat dan darjat, walau siapa pun, bila ukhwah ini terjalin hanya sanya kerana allah, tiada apa yang menjadi pembeza dan penghalang. segala susah di harung bersama, segala senang berkongsi bersama, bak kata pepatah, berat sama di pikul, ringan sama di jinjing.

ikatan ini kadang melebihi ikatan kekeluargaan. lahir perasaan sayang dan kasih antara satu sama lain, bahkan kadang kala seperti di cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit.

syukur , tersenyum aku sendirian bila mengenangkan. moga2, ukhwah ini akan kekal hingga ke akhirat kelak dan kekal bersama hingga ke syurga Allah..

Duhai kawan yang bergelar sahabat untuk diri ku, sesungguhnya aku sayang kamu . selagi hayat di kandung badan. insyallah, rasa kasih dan sayang ini akan teus mekar di sanubari...

No comments:

Post a Comment